"Doakan saya. Insha-Allah selepas Aidilfitri, kita lepaskan bulan puasa dan hari raya terlebih dahulu." Segala persiapan menuju hari bahagia hampir siap dan berjalan lancar sebelum Syafiq Kyle disatukan dengan Mimi Lana selepas sambutan Aidilfitri.
"Alhamdulillah saya kini cuma menanti hari bahagia saja. Bukan nak cakap persiapan sudah 100 peratus siap tapi semuanya dalam keadaan terkawal," katanya ketika ditemui Harian Metro di lokasi penggambaran telefilem Mendarat Di Syurga di Petaling Jaya, semalam. Sedia memikul tanggungjawab sebagai suami, Syafiq percaya dia dan Mimi mampu jalani bahtera rumah tangga dengan harmoni. "Saya dengan pasangan dah lama kenal. Jadi nak ke fasa seterusnya, saya rasa lebih tersusun dan mampu menguruskan masa dengan baik. "Pengalaman juga banyak membantu kami. Jadi tiada masalah untuk memikul tanggungjawab ini.
"Tambahan selepas berkahwin aktiviti seni akan berjalan seperti biasa. Pihak produksi pun faham dengan jadual kerja kami berdua," katanya. Syafiq dan keluarganya merisik Mimi dalam satu majlis tertutup pada 21 Januari lalu. - CARI
|
dudaberhias replied at 13-2-2023 01:35 PM
lantak kau lah nak sebelum puasa macam orang lain ke nak lepas raya baru kahwin...
dah basi dah pun ...
ADVERTISEMENT