CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 948|Reply: 3

Syafiq, Mimi Beraya Dulu Sebelum Jadi Suami Isteri

[Copy link]
Post time 13-2-2023 01:13 PM | Show all posts |Read mode
"Doakan saya. Insha-Allah selepas Aidilfitri, kita lepaskan bulan puasa dan hari raya terlebih dahulu."


Segala persiapan menuju hari bahagia hampir siap dan berjalan lancar sebelum Syafiq Kyle disatukan dengan Mimi Lana selepas sambutan Aidilfitri.


"Alhamdulillah saya kini cuma menanti hari bahagia saja. Bukan nak cakap persiapan sudah 100 peratus siap tapi semuanya dalam keadaan terkawal," katanya ketika ditemui Harian Metro di lokasi penggambaran telefilem Mendarat Di Syurga di Petaling Jaya, semalam.




IG




Sedia memikul tanggungjawab sebagai suami, Syafiq percaya dia dan Mimi mampu jalani bahtera rumah tangga dengan harmoni.


"Saya dengan pasangan dah lama kenal. Jadi nak ke fasa seterusnya, saya rasa lebih tersusun dan mampu menguruskan masa dengan baik.


"engalaman juga banyak membantu kami. Jadi tiada masalah untuk memikul tanggungjawab ini.


"Tambahan selepas berkahwin aktiviti seni akan berjalan seperti biasa. Pihak produksi pun faham dengan jadual kerja kami berdua," katanya.


Syafiq dan keluarganya merisik Mimi dalam satu majlis tertutup pada 21 Januari lalu. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 01:35 PM | Show all posts
lantak kau lah nak sebelum puasa macam orang lain ke nak lepas raya baru kahwin...

dah basi dah pun dikkkkk macam pasangan ungka n kamal haritu... dah basi baru nak ada reception semua... last2 kesenduan je... entah2 tomyam n pu'ak yang wedding of the year walaupun memasing kepam...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 13-2-2023 01:35 PM
lantak kau lah nak sebelum puasa macam orang lain ke nak lepas raya baru kahwin...

dah basi dah pun ...

husnuzon deme malas nak kawen sebelum raya sebab kalau dh raya nanti kena berebut nak balik kampung
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehehe belakang sikittttt hehehehhe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.047317 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list