CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Faizal Azumu Risau KJ Cakap Negeri Sembilan Masa Jadi DJ "Orang KL Tak Faham"

13-2-2023 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2073| Komen: 20

SEREMBAN – “KJ tengah fokus apa nak cakap dekat HotFM’s ‘Bekpes’. Saya risau dia cakap Negeri Sembilan, orang KL (Kuala Lumpur) tak faham dia cakap apa,” seloroh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditanya mengenai status terkini khabar kerjasama bekas Ahli Parlimen Rembau dalam Bersatu.


Ahmad Faizal bagaimanapun berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengalu-alukan kerjasama Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam parti itu terutamanya dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Menurutnya, buat masa ini, Khairy Jamaluddin masih lagi belum membuat sebarang keputusan walaupun didambakan oleh pelbagai parti politik di negara ini.


Foto: Kosmo

Sementara itu, Ahmad Faizal menzahirkan keterujaannya menanti Khairy Jamaluddin memulakan tugas sebagai penyampai radio HotFM pada 15 Februari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal Azumu memaklumkan beliau telah mendapat mandat dari pucuk pimpinan untuk lebih kerap ‘turun padang’ ke Negeri Sembilan bagi mendekati rakyat.


Ujar Ahmad Faizal, beliau bersama kepimpinan negeri akan berkerja bersama-sama dalam usaha memastikan kejayaan menubuhkan Kerajaan Negeri selepas pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 13-2-2023 10:50 AM
Kata hari tu TMJ ambil dia.
Quote nikaido 13-2-2023 11:03 AM
Sibuk apa peja ni dgn KJ.
Quote tepisket.. 13-2-2023 11:13 AM
Ewwww.. habis kau tu chorrr x habis2.. org perak ckp inggelish ke sume.. tlg la si sapgam ni. Tlg berambus dr Malaysia
Quote kelana36 13-2-2023 11:28 AM
peja jeles la tu orang tak offer dia ...

KJ cakap nogori pun entah pandai entah tidak, sikit sikit boleh kot..
Quote pinkpunk 13-2-2023 11:34 AM
suara sendiri pun mcm kartun. jeles ler tu xglemer cm KJ
Quote cikatilia 13-2-2023 12:05 PM
diam2 udah la peja
Quote BeskotCekelat 13-2-2023 12:08 PM
kelana36 replied at 13-2-2023 11:28 AM
peja jeles la tu orang tak offer dia ...

KJ cakap nogori pun entah pandai entah tidak, sikit sik ...

Hahaha.. betul la tu. Entah pandai ke tidak KJ ni nak cakap Nismilan..
Quote ifanonline 13-2-2023 12:09 PM
faizal ni sama taraf dgn ahmad maslan...badut parti
Quote kucingitam 13-2-2023 12:10 PM
udah kenape miker ni yop..aduii..
Quote che-cikL 13-2-2023 12:35 PM
Tak pernah pun dengar cakap nismilan. Merapu je respon Peja ni. Yg reputs pun tanya dia buat hape?
Quote asamfish 13-2-2023 12:39 PM
shut up lah peja!  nko tu nanti adalah stesen tv suruh nko masuk maharaja lawak plak
Quote white_musk 13-2-2023 12:47 PM
Ayor bukan ayaq
Quote tripleid 13-2-2023 12:58 PM
sampah tol sekor ni

time jadi menteri dulu takde apa2 sumbangan keja mkn gaji buta review mee kari jah
Quote Kitty_catz 13-2-2023 01:07 PM
dr nko tu hanya reti buat tiktok review mee kari

malu la siket

dah la isap gam
Quote CiliPadiSedap 13-2-2023 01:28 PM
Quote bondeh 13-2-2023 01:30 PM
Tak pernah plak dengar KJ cakap nismilan, kalau TokMat ye takleh lari telo (sleng) nismilan pokat.
Quote ina_na 13-2-2023 01:34 PM
Kj meluaskan pengaruh dia melalui jd DJ... jeles la tu...agak2 takut x yg lain..nampak peluang cerah kj lps ni..bbnu mudah terpengaruh dan deme x tau kes2 dia ms Pak Lah jd PM dl..Kita pun x membawang kes2 silam kat FB...
Quote iraizz 13-2-2023 01:55 PM
kelana36 replied at 13-2-2023 11:28 AM
peja jeles la tu orang tak offer dia ...

KJ cakap nogori pun entah pandai entah tidak, sikit sik ...

Tak pernah dengar fully KJ cakap nogori, sikit2 je lebih kurang 5% camtu je kj cakap nogori
Quote Burong_Hantuk 13-2-2023 03:44 PM
KJ nih jadi x keje utk TMJ
???

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.374888 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top