CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 6 Tahun Usung Bapa Uzur Sejauh 3km Ke Hospital Guna Kereta Sorong Kayu

13-2-2023 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1692| Komen: 8

Menyayat hati menyaksikan video yang tular menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengusung bapanya yang uzur ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Lebih menyedihkan apabila kanak-kanak itu terpaksa membawa bapanya menggunakan kereta sorong kayu.


Kejadian berlaku di Singrauli di Madhya Pradesh, India, pada Sabtu lalu.


Foto: India.com

Insiden tersebut juga menimbulkan persoalan mengenai khidmat ambulans untuk keluarga miskin di kawasan terpencil di Madhya Pradesh.

Dilaporkan keluarga berkenaan terpaksa menunggu ambulans selama lebih sejam, namun kelewatan menyebabkan kanak-kanak itu nekad untuk membawa bapanya menggunakan kereta sorong kayu.

Beberapa penduduk melihat kanak-kanak berkenaan membawa bapanya, sambil ditemani ibunya.

Menerusi video tular, budak tersebut menolak kereta sorong itu sejauh 3 kilometer, manakala ibunya dilihat turut menolaknya dari arah bertentangan.


Susulan video yang tular di media sosial, pentadbiran daerah Singrauli mengarahkan siasatan berhubung perkara tersebut.

"Difahamkan kerana ketiadaan ambulans, pesakit terpaksa dibawa ke hospital oleh isteri dan anak lelakinya.

"Ketua pegawai perubatan dan pakar bedah awam telah diarahkan untuk menyiasat punca ambulans tidak disediakan," kata wakil pentadbiran Singrauli, D.P. Burman kepada media.-CARI

Sumber: mStar/ India.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender85 13-2-2023 10:56 AM
Allahuakbar [em:9:] [em:9:]
Quote Highflyer19 13-2-2023 11:18 AM
Syabas dik bila besar nanti boleh jadi doktor...
Quote bottombikini 13-2-2023 01:46 PM
haritu tgk program apa tah kat tv
hospital dia daif, kesian kantin pun takde
tapi bukan kat delhi la
Quote airmineral 13-2-2023 02:25 PM
kesiannya


dulu salu tgk korean doc, Road for Hope
mmg sedig tgk negara² yg mundur
Quote Burong_Hantuk 13-2-2023 03:46 PM
moga ank ni belajar sungguh2 n jadikan doctor sbg kerjaya
Quote Belibis 13-2-2023 04:12 PM
Tu pun ramasami tak bersyukur duk kat mesia.
Quote rosedemon 14-2-2023 08:39 AM
sian dunia susah kat akhirat ssh
Quote kechikchomel 14-2-2023 09:02 AM
teringat citer 3 Idiots.
Mak Raju cakap kat India ni Pizza Delivery lagi laju dari Ambulans.
Last2 Rancho bawa naik motor g hospital

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.070916 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top