CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Roh' Semaking Hilang! Siapa Hero Yang Boleh Menyelamatkan Umno Untuk Kembali Gah?

13-2-2023 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 906| Komen: 9

Kemelut dalam UMNO bukan lagi rahsia. Abang long dalam Barisan Nasional itu dilihat orang semakin menuju penghujung usia. Menanti rebah.

Pemecatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan penggantungan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Noh Omar dan beberapa tokoh lain yang dibuat baru-baru ini menambah lagi episod resah.


Sepatutnya jasad UMNO menjadi seperti teknologi. Berkembang seiring dengan peredaran zaman yang mana ia dapat menakluk hati-hati orang yang semakin menyedari kepincangan politik dan kepentingannya mencorak masa depan negara.

Untuk mendapat jasad yang kuat, dalaman atau roh UMNO perlu dikukuhkan terlebih dahulu. Ia ibarat panglima yang memberikan kata semangat kepada tenteranya sebelum berperang.

Minda ‘dibakar’ dengan perkara-perkara berkaitan pertiwi, masa depan dan natijah kekalahan. Apabila semangat melonjak, tentera akan berlawan habis-habisan demi sebuah kemenangan.

Sekarang ini, roh UMNO seakan menghilang. Roh perjuangan semata-mata untuk rakyat kini tinggal di bibir dan tidak lebih hanya sekadar ketika berucap di dewan persidangan.


Foto:Kosmo


Parti yang sudah mencapai usia 77 tahun itu masih gagal untuk memulihkan keyakinan rakyat. Syok sendiri ketika melakukan apa sahaja termasuk ketika berhimpun di Pusat Dagangan Putra di Kuala Lumpur.

Pengendali kerajaan selama 41 tahun sejak zaman Tunku Abdul Rahman hingga Datuk Seri Najib Tun Razak itu kini ibarat hendak karam.

Mereka mengharapkan ihsan daripada parti lain agar tidak hilang daripada radar politik.

Apa sebenarnya yang terjadi? Di mana hilangnya pengalaman dan semangat membela anak bangsa yang pernah ditunjukkan oleh pemimpin terdahulu? Rakyat mahukan hidup yang tenteram dan aman ketika semua sedang berdepan dengan kemelut kewangan.

Apa yang Kerajaan Perpaduan lakukan ketika ini tidak lebih daripada menyambung apa yang telah dimulakan oleh kamu. Tiada bezanya. Apa yang berlainan ialah karisma dan gaya kepimpinan selain menggunakan kekuatan media sosial.

Penulis sama sahaja seperti pengundi atas pagar yang lain kerana kita ini bukanlah ahli mana-mana parti politik. Tiada langsung sekelumit perasaan teruja ketika memangkah kertas undi.

Mengundi sekadar memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang mahu melihat politik negaranya stabil.

Cuma, apa yang kita kesalkan ialah Malaysia yang pernah digelar Harimau Asia dan lantang membidas isu Palestin dan mempertahankan minyak sawit di pentas antarabangsa kini seakan tercari-cari taring dan kukunya sendiri.

Takkanlah UMNO yang merupakan parti paling lama memerintah Malaysia masih belum menemui resipi untuk kembali menjadi kegemaran rakyat. Mereka perlukan hero bagi menyelamatkan diri mereka sendiri. Tetapi persoalannya siapa? -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 13-2-2023 10:26 AM
kena tanya ketua party kekal lah = wak sbb dia kan hero
Quote Simunggu 13-2-2023 10:29 AM
UMNO parti ponde...org melayu sudah jadi lemah & hancur..
Quote totokreturn. 13-2-2023 11:16 AM
syukur la, DAP masih sayang kepada umno, org umno patut berterima kasih kepada DAP
Quote Adrif 13-2-2023 02:37 PM
dah sapa suruh masing-masing dok upkan dinosaur dengan badut

pastu yang dapat sokongan rakyat, korang buang

haa lebuurrr
Quote Subian 13-2-2023 02:58 PM
Bila bertuhankan duit...ketua rasuah pun ok. Menjawaplah kamu di akhirat dan dlm kubur wahai ketua2 cawangan
Quote nikaido 13-2-2023 03:01 PM
ahli perlu salahkan perwakilan asyik sokong presiden tanak berubah
Quote sharlenetexas 13-2-2023 03:03 PM
Bangnon kot.
Rindu.



Quote Burong_Hantuk 13-2-2023 03:40 PM
wak ponorogo tu baik mereput ASAP
Quote rosedemon 14-2-2023 08:38 AM
g mapos semorang

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.100225 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top