CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mana Nak Parkir? Penduduk Pangsapuri Bengang Tauke Bengkel Bolot Petak Parkir, Letak Kenderaan Rosak Dan Tersadai

13-2-2023 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1640| Komen: 14

Ampang Jaya: Lambakan kereta tersadai dan kewujudan bengkel kenderaan di Pangsapuri PKNS Kampung Tasik Tambahan di sini, sejak lebih 10 tahun lalu menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir.


Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Johan, 40-an berkata, dianggarkan antara 17 hingga 18 lot parkir digunakan oleh pemilik bengkel serta kenderaan tersadai di kawasan berkenaan.


Foto: Harian Metro

"Sejak tinggal di sini pada 1980-an, sudah lebih 10 aduan sudah dikemukakan oleh arwah bapa saya dalam tempoh 10 tahun lalu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai isu itu, namun belum ada tindakan drastik yang kekal diambil.

"Malah, kami juga sudah memaklumkan mengenai perkara ini kepada pemilik kenderaan serta pemilik bengkel, tetapi mereka masih berdegil," katanya.

Johan berkata, isu kekurangan parkir menyebabkan ada penduduk yang meletakkan kenderaan mereka di kawasan tidak sepatutnya termasuk taman permainan serta gelanggang badminton.


"Mungkin mereka tiada pilihan memandangkan lot parkir yang ada sudah penuh dengan kereta tersadai serta beberapa kenderaan dibaiki oleh bengkel terbabit. Namun tindakan itu boleh merosakkan kemudahan berkenaan selain mencacatkan pemandangan kawasan ini dengan meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Faizal Abdullah, 35, berkata, terdapat beberapa kenderaan diletakkan notis namun masih tidak dialihkan.

"Ada antara kereta tersadai itu sudah rosak, tidak digunakan lagi dan tidak diketahui statusnya yang dibiarkan sehingga menjadi besi buruk di lot parkir.

"Walaupun sudah diletakkan notis namun pemilik kenderaan tetap tidak mengalihkan kenderaan menyebabkan isu kekurangan parkir di kawasan ini masih tidak dapat diselesaikan sejak bertahun lamanya," katanya.

Beliau berkata, kewujudan bengkel itu pula menyebabkan lima hingga tujuh lot parkir digunakan bagi meletakkan kenderaan rosak yang dihantar untuk dibaiki di kawasan berkenaan.

"Itu belum lagi orang luar yang turut meletakkan kenderaan di kawasan ini menyebabkan masalah ini bertambah serius saban hari.

"Kita mengharapkan PBT dapat mengambil tindakan sewajarnya dalam isu ini supaya penduduk tidak lagi dibelenggu dengan masalah kekurangan parkir," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 13-2-2023 10:30 AM
kat taman aku pon... sapa ntah tuan kereta ni.. kita jual kan boleh ke
Quote gekkou 13-2-2023 10:35 AM
dah keluar media ni baru lah PBT buat kerja
aduan2 sebelum ni pun dipandang sepi je
Quote AbukRokok 13-2-2023 10:46 AM
Ni masalah kt seluruh selangor dan KL
Merata2 tempat.. dah beli kereta baru.. kereta lama nk campak mana
Quote FOTHER-MUCKER 13-2-2023 10:56 AM
Pergilah ramai ramai bawa parang senapang pistol tombak pejabat pbt tu kasi runtuhkan. Dasar malas bekerja menyusahkan orang lain. Sebab itulah masalah seperti ni takan hilang kerana  memang malas bekerja.
Quote TabletSusu 13-2-2023 11:40 AM
sama lah dgn area rumah aku ni.  penuh dgn keta buruk je. bersepah pulak tu.. nak kena buat report kat majlis perbandaran dulu ke?
Quote bottombikini 13-2-2023 11:58 AM
sama la dgn area rumah aku
macam tak lut kena warning dgn JMB
ada payung org atas2 gaknye
Quote Gingerly 13-2-2023 11:58 AM
Kene buat report. Ambik gambar sarang puaka, attach dlm report. Esok lusa pbt dtg la. Dorg malas pantau sendiri. Tggu org report baru gerak
Quote akies 13-2-2023 12:20 PM
Kat rumah iols pula, kalau jalan tu sunyi..takde org park kete tepi jalan..diorg ni park kete buruk..dah bertahun kut kt corner tu sampai tayar kete kempis.
Tak boleh kete tak bertuan ni dilupuskan?
Semak mata tengok nya
Quote Burong_Hantuk 13-2-2023 03:48 PM
gomen kena buat sesuatu...sampai bila nk hadap benda mcm ni?
Quote zorrro_03 13-2-2023 03:51 PM
pkns tak bangun lagi ke?  
Quote Skuau 13-2-2023 04:03 PM
FOTHER-MUCKER replied at 13-2-2023 10:56 AM
Pergilah ramai ramai bawa parang senapang pistol tombak pejabat pbt tu kasi runtuhkan. Dasar malas b ...


tada laporan...tada kes.....selamat menjamu selera kt Msia...
Quote ally9970 13-2-2023 05:20 PM
Menteri PBT mana?
Quote dekmieDandy 13-2-2023 05:21 PM
akies replied at 13-2-2023 12:20 PM
Kat rumah iols pula, kalau jalan tu sunyi..takde org park kete tepi jalan..diorg ni park kete buruk. ...

kat area rumah ni dulu perasan ada jugak 2-3 bijik sampai tayar dah kempis ni

pastu ada orang report kot, MPAJ datang tampal notis, dalam sebulan dua diorang angkut

sekarang takda dah kereta tersadai kat situ
Quote rosedemon 14-2-2023 08:36 AM
viralkan je jap g adela thegeh2 buat keja

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.078060 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top