Penceramah bebas, Mohamad Wadi Annuar Ayub menjelaskan tidak berniat untuk menghina ataupun menyinggung perasaan penganut agama lain, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua masyarakat India beragama Hindu.
Ia susulan kenyataannya yang mengandungi sensitiviti agama pada satu ceramah di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka pada Jumaat. "Dalam ceramah itu, saya telah menyebut tentang perarakan Thaipusam yang dihadiri sekumpulan orang Melayu Islam dan saya menyatakan ia merupakan kesalahan dalam agama Islam kerana menyertai perayaan agama lain yang berbentuk keagamaan. "Namun, saya terlepas pandang dengan menyebut perkataan mengandungi sensitiviti agama dan ia adalah 'kekhilafan' daripada saya sendiri," katanya dalam kenyataan pada Ahad yang dipetik Sinar Harian.
Loading FB Post... Tegasnya, beliau sangat menghormati semua masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini dan berharap dengan permohonan maaf itu, keharmonian rakyat berbilang kaum dapat dicapai. - CARI
|
prince_marhaen replied at 13-2-2023 10:04 AM
ustaz wadi ni bujang ke? ke duda? ke heols sesuatu? selalu nampak heols melayan anak jiran tu je sam ...
Decaffeinated replied at 13-2-2023 10:14 AM
Join forum je lah setad boleh merasis sampai inzal xde siapa kisah. Mod pun dah lama mogok.
skippy replied at 13-2-2023 10:33 AM
wow, just need to say sorry and move on. klau non muslim, dah mampus org tu kena lokap bagai. kt car ...
ADVERTISEMENT