CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gajah Kebulur Kejar Kenderaan Penduduk

13-2-2023 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1291| Komen: 6

Tindakan gajah liar kelaparan mengejar kenderaan penduduk Orang Asli Kampung di Pos Lenjang mencetus kebimbangan.

Terbaru, sebuah kereta hampir dipijak gajah berkenaan pada jam 11 malam kelmarin dipercayai akibat terdesak kelaparan.


Penduduk Kampung Simoi Lama, Atan Dan, 40, berkata, penduduk kampung menggunakan laluan balak sejak dua hari lalu untuk mencari hasil sumber hutan termasuk buah durian pada waktu siang.

Namun, pada malamnya, ada penduduk dikejar gajah liar yang bersembunyi berdekatan jalan balak, mencetus ketakutan penduduk setempat.


Penduduk Perkampungan Orang Asli Kampung di Pos Lenjang bimbang dengan tindakan gajah yang semakin agresif dipercayai lapar dan mengejar kenderaan penduduk di situ.-Video ihsan Penduduk Kampung Pos Lenjang.

"Gajah berkenaan bersembunyi berdekatan jalan balak dan apabila nampak kereta atau motosikal lalu di situ, mereka akan mengejarnya mungkin sebab lapar serta terdesak untuk mendapatkan makanan," katanya.


Dia sempat berpesan kepada orang luar supaya berhati-hati apabila merentasi jalan balak di Kampung Titom dan Kampung Simoi Baru kerana terdapat tujuh hingga 10 ekor gajah liar ditemui awal bulan ini yang sudah berpecah dan bersembunyi di pinggir jalan untuk mendapatkan makanan daripada kenderaan.

Seorang lagi penduduk, Norfini Ajik, 46, menceritakan kejadian terbaru apabila seekor gajah liar bersembunyi di pinggir jalan balak tiba-tiba muncul lalu mengejar kenderaan termasuk motosikal penduduk berdekatan Kampung Titom.

Katanya, mujur hanya bahagian belakang kemek dan cermin pecah kerana pemiliknya sempat memecut dari tempat kejadian.

Katanya yang hampir 50 tahun menetap di situ, mereka sebelum ini bebas ke mana-mana dan selesa bercucuk tanam di kebun, namun kini hidup dalam kebimbangan dengan serangan gajah yang mungkin kelaparan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 13-2-2023 07:54 AM
Kesiannya gajah
Hanya sbb lapar,mmg boleh bawa mengamuk
Belah2 lipis sana mmg masih hutan pelihara or balak dah habis tebang?
Quote Burong_Hantuk 13-2-2023 08:45 AM
kesianya gajah tu
Quote n3ar 13-2-2023 09:09 AM
dalam hutan kt lipis tu dah gondol laa kot, orang g teroka tanam kebun durian...

aku pernah nak g gua musang, tersalah masuk tak lalu raub lalu lipis area bukit gunung tu...lalu kampung cina, penuh kiri kanan tauke2 durian..lori banyak parking duk borong durian
Quote Adrif 13-2-2023 09:56 AM
uish, takutnya. pandai ye gajah ambush orang
Quote cikatilia 13-2-2023 10:34 AM
kesiannya... depa tau lapar aje..
harap2 di bawak ke pusat jagaaan
Quote AverageJoe 13-2-2023 11:45 AM
jangan cari pasal dengan makhluk yang tengah kelaparan
cari pasal dengan manusia yang tengah lapar pun boleh buat gaduh apatah lagi dengan gajah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.213292 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top