Hanya orang awam yang 'taat dan setia kepada negara' dibenarkan Junta tentera Myanmar memohon lesen untuk membawa senjata api. Sehubungan itu, pakar bimbang tindakan itu hanya akan memperkasakan kumpulan pro-junta dan hanya meningkatkan keganasan dan pertempuran hampir setiap hari.
Media tempatan dipetik AWANI melaporkan, berdasarkan dokumen sulit Kementerian Dalam Negeri yang bocor, syarat yang dinyatakan termasuk berumur 18 tahun dan keperluan yang boleh dibuktikan untuk memiliki senjata bagi tujuan keselamatan sebagai tambahan kepada keperluan 'kesetiaan kepada negara'. Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan dibuat jurucakap tentera junta Myanmar berhubung pendedahan itu. Dokumen itu memperuntukkan anggota anti-pemberontakan, militia yang ditubuhkan secara rasmi dan mereka yang bersara daripada tentera untuk membawa senjata dan senapang ringan selagi mereka mempunyai permit sedemikian.
Kerajaan tentera juga akan mempunyai hak untuk mengimport dan menjual senjata api dan peluru yang dilesenkan Kementerian Pertahanan. - CARI
|
ADVERTISEMENT