Sebuah kedai di Hong Kong disyaki menjual daging anjing dan kucing sebagai makanan lebih 70 tahun selepas penjualan itu diharamkan, diserbu phak berkuasa. Sampel disyaki daging haiwan tersebut turut dirampas ketika serbuan dibuat di sebuah kedai di daerah Yau Ma Tei semasa operasi bersama Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan (AFCD) serta Jabatan Makanan dan Kebersihan Alam Sekitar pada petang Khamis lalu.
Serbuan dibuat susulan menerima laporan mengenai daging itu dijual di Yau Ma Tei, sebuah daerah komersial dan kediaman yang berpenduduk padat di kawasan Kowloon. Kosmo memetik laporan media tempatan melaporkan daging beku seekor kucing dijual pada harga sekitar AS$12 (RM51) untuk kira-kira 500 gram, sama dengan harga daging lembu yang dimasak.
AFCD juga menyiasat sama ada kedai itu menjalankan perniagaan daging segar tanpa lesen dan pendakwaan akan dimulakan sekiranya ia dibuktikan. Hong Kong mengharamkan aktiviti memakan daging kucing dan anjing sejak 1950 di bawah undang-undang separa autonomi bandar raya itu. - CARI
|
ADVERTISEMENT