Penampilan Janna Nick di Anugerah Juara Lagu ke-37 menjadi bualan hangat. Janna tampil yakin dengan gaun meleret bergemerlapan dengan kilauan ‘blink blink’ rona perak.
Apa yang menjadi kutukan adalah rekaan gaunnya menggunakan material yang sama macam warna kulit. Dari jauh memang nampak terlampau seksi. Di ruangan komen nampaknya ramai yang meninggalkan kata-kata sinis dengan menyatakan pereka tidak sempat menyempurnakan jahitan pada beberapa bahagian baju itu di saat akhir.
“Labuci habis, ‘fashion designer’ tak sempat nak beli." Malah ada juga yang mengutuk fizikal Janna yang tak sesuai menggayakan pakaian seperti itu. "Lengan pun sado tak sedar diri"
|
prettyuglybabe replied at 13-2-2023 09:12 AM
body dia memang dah tak berbentuk ek..
terus je atas ke bawah takde pinggang..
ADVERTISEMENT