CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kakitangan Hospital Terlalu Letih, Tak Dapat Teruskan Rawatan Sepenuhnya

13-2-2023 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 623| Komen: 3

Sukarelawan Rose2Rose, Dr Rabeah Aldouh berkongsi keadaan terkini berikutan kejadian gempa bumi di Turkiye.

Berkata kepada Utusan Malaysia, bencana itu menyebabkan struktur hospital di kawasan itu mengalami ba­nyak kerosakan sehingga bilik operasi merawat pesakit tidak dapat digunakan.


Malah, ramai kakitangan perubatan hospital sudah letih dan tidak dapat merawat pertambahan jumlah pesakit terutama kanak-kanak.


KEADAAN rumah keluarga Dr. Rabeah Aldouh di Antakya, Turkiye yang terjejas teruk akibat gempa bumi baru-baru ini.

Katanya, kakitangan hospital juga ada yang tidak tidur untuk beberapa malam demi merawat pesakit walaupun hanya menggunakan kit pertolongan cemas.

Justeru, pasukan perubatan dari seluruh Turkiye datang secara bergilir-gilir ke kawasan gempa bumi kerana pasukan sedia ada terlalu letih dan tidak dapat meneruskan rawatan sepenuhnya.


“Di hospital kami, pesakit kanak-kanak lebih memerlukan bantuan sokongan. Jumaat lalu, saya ternampak seorang budak lelaki di bawah runtuhan, dan sekarang dia telah dirawat di jabatan kanak-kanak. Kakinya patah dan buah pinggangnya terjejas.

“Saya bercakap dengan kakitangan perubatan yang lain, mereka juga berdepan situa­si sekarang, saya menangis ba­nyak kali kerana hospital sudah tidak mempunyai bilik operasi untuk rawatan.

“Orang ramai sekarang juga memerlukan lebih banyak tempat tinggal kerana keadaan sekarang di Goksun sangat sejuk sehingga suhunya mencecah -25 darjah Celsius,” katanya yang kini bertugas di jabatan pakar kanak-kanak di Kayseri.

Difahamkan, Dr Rabeah yang berasal dari Aleppo, Syria kini melanjutkan pengajian perubatan untuk menjadi doktor pakar di Erciyes University, Kayseri.

Beliau dan keluarga yang melarikan diri dari konflik di Syria sekali lagi diuji dengan bencana gempa itu.

Dr Rabeah aktif membantu nasib pelarian Syria yang mendapat perlindungan di Gaziantep, Turkiye bersama Rose2Rose.

Dia bernasib baik keluarga yang turut terkesan di Antakya susulan gempa, terselamat dari tragedi berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan sangat sukar untuk semua orang kerana ada yang terpaksa duduk dan bermalam di luar, dan terdedah dengan cuaca sejuk melampau. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 13-2-2023 08:39 AM
moga dipermudahkan
Quote pooh~key 13-2-2023 08:41 AM
Akak taknak komen yang cliche2 macam moga dipermudahkan bagai, tapi akak tak tau nak komen apa lagi dah sis.
Quote cikatilia 13-2-2023 10:40 AM
harap mereka semua tak patah semangat

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.185199 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top