Seorang wanita diekori pemandu dan pasangannya selama 15 minit kerana terlena ketika memandu di Lebuhraya 15 berhampiran Temecula, California. Portal People.com dipetik Harian Metro melaporkan Vasiliki Dolas dan pasangannya merakam wanita berkenaan yang kelihatan tertidur di dalam Teslanya pada Khamis lalu sebelum melaporkan kejadian kepada polis.
"Seseorang perlu bangunkan Sleeping Beauty itu," kata Dolas. Jelasnya, dia beberapa kali cuba menarik perhatian wanita terbabit, namun tiada respons. "Kami mula membunyikan hon untuk cuba menarik perhatiannya kerana mungkin dia mengalami kecemasan kesihatan atau sesuatu," katanya. Sementara itu, Pegawai Peronda Lebuhraya California (CPH) Mike Lassig memberitahu KTVU bahawa pegawai tidak mengejar pemandu sesuka hati, jadi tidak jelas sama ada individu terbabit sedang tidur, mabuk atau mengalami kesan perubatan. - CARI
|
ADVERTISEMENT