Seorang ibu tunggal dan dua anak perempuannya dicekup berkhalwat dengan dua lelaki di rumah mereka di Lipat Kajang, di sini malam tadi. Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mencekup ibu tunggal dan dua anak perempuannya berkhalwat dengan dua lelaki dalam serbuan di rumah mereka di Lipat Kajang, malam tadi.
Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pihaknya mendapat aduan awam pukul 12.30 tengah malam tadi sebelum serbuan dibuat ke atas wanita berusia 49 tahun bersama dua anaknya masing-masing berusia 19 dan 20 tahun itu. “Ketika diserbu, wanita terbabit yang bekerja dengan sebuah syarikat kontraktor dan dua anak perempuannya mengambil masa 15 minit untuk membuka pintu.
“Sebaik pintu dibuka, penguat kuasa menemukan dua lelaki tempatan dalam rumah berkenaan. “Hasil soal siasat, kesemua mereka tiada hubungan mahram walaupun dua lelaki itu mendakwa adalah saudara jauh dan dibenarkan wanita itu untuk tinggal bersama di situ,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini. Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman mendatangkan syak dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - CARI
|
kemaruk replied at 11-2-2023 07:14 AM
Berkhalwat tu bukan ke maksudnya berdua duaan?
Kalau dah ramai2 camni dikira berkhalwat gak ke? Ana ...
kepompong replied at 11-2-2023 03:45 PM
kenapa la kena mentioned “mengambil masa sekian sekian minit utk buka pintu”
gila ke apa pukul 1 ...
Tinot7 replied at 11-2-2023 05:30 PM
Wat aduan 12.30am.. serbu pukui baper?
Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pihaknya menda ...
kemaruk replied at 11-2-2023 03:14 PM
Berkhalwat tu bukan ke maksudnya berdua duaan?
Kalau dah ramai2 camni dikira berkhalwat gak ke? Ana ...
kepompong replied at 11-2-2023 06:43 PM
jgn memain… pengarah datok haaa yg terima aduan tu
ADVERTISEMENT