Kerajaan perpaduan dijangka pakar ekonomi akan mengumumkan pemansuhan subsidi minyak petrol dan diesel dalam pembentangan bajet akan datang. Walau bagaimanapun, ia akan diganti dengan sistem bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Justeru, harga minyak akan mengapung mengikut harga pasaran dan T20 tidak lagi dapat menikmati subsidi. Datuk Chua Tia Guan berkata, dengan masalah kewangan dihadapi negara, kerajaan tidak akan menggunakan hasil cukai untuk memberi subsidi kepada korporat besar. “RM80 bilion adalah hampir sama dengan jumlah peruntukan pembangunan negara dan jumlah duit ini akan memberi kesan positif berpanjangan jika digunakan untuk tujuan pembangunan, seperti membina jalan, sekolah dan pengangkutan awam. “Tambahan pula, subsidi minyak akan mendorong penyeludupan dan penyelewengan,” katanya kepada China Press.
Tia Guan bagaimanapun berpendapat, subsidi minyak perlu dimansuhkan secara berperingkat. Katanya, bantuan secara terus pula boleh dilakukan mengikut golongan iaitu M40 mendapat sebahagian bantuan manakala B40 mendapat bantuan terbanyak. “Orang ramai yang menerima bantuan pula boleh menyelaraskan perbelanjaan masing-masing mengikut pertimbangan dan keperluan sendiri,” katanya dipetik dari MalaysiaGazette. Penstrukturan semula subsidi itu akan membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan yang tidak perlu, tetapi pada masa sama perlu berusaha menjana pertumbuhan ekonomi. - CARI
|
amyza replied at 10-2-2023 08:21 PM
Sebelum nak tarik subsidi petrol tu pastikan public transport bagus. Nak pegi sogo pun payah, kena t ...
ADVERTISEMENT