Padah membaling bom petrol (molotov cocktail) di pintu hadapan sebuah bank tempatan di Sibu gara-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan diberi, seorang lelaki dicekup polis.
Difahamkan, kejadian itu tular menerusi aplikasi Telegram dan Facebook Info Sibu itu memaparkan lelaki berbaju dan seluar hitam membaling bom petrol berkenaan ke arah pintu hadapan bank berkenaan. Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, lelaki berusia 36 tahun yang dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan api pada pintu hadapan sebuah bank di Jalan Kampung Nyabor, Sibu pada Rabu itu ditahan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu pada jam 10.56 malam sama, lapor Majoriti.
FB Info Sibu Siasatan awal polis di tempat kejadian menemui serpihan botol kaca serta kain yang dipercayai digunakan untuk melakukan perbuatan khianat membawa kepada penangkapan suspek di sebuah rumahnya lebih kurang satu jam kemudian. Sementara itu, semakan rekod suspek mendapati dia pernah ditahan atas beberapa rekod jenayah lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. - CARI |
antikorok: Edited by antikorok at 10-2-2 ...
ADVERTISEMENT