Hanya kerana terganggu dengan tangisan anak, lelaki tergamak mendera bayinya yang berusia enam bulan 22 hari sampai mati. Kejadian menyayat hati itu berlaku di rumah suspek dekat Kecamatan Wanea, Kota Monado, Sulawesi Utara pada Isnin sekitar pukul 3 petang.
Ketika kejadian, suspek sedang bermain permainan video 'Mobile Legends' di telefon pintarnya dan berasa terganggu dengan tangisan bayinya tanpa henti. "Suspek memukul bayinya di kepala dan bibir menggunakan tangan berulang kali," kata Ketua Polis Sulawesi Utara, Kombes Jules Abraham Abast yang dipetik Majoriti. Mangsa dikejarkan ke Hospital Bhayangkara Manado, Indonesia, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba. Difahamkan, suspek cuba memperdaya kakitangan hospital dengan mendakwa anaknya menghidap penyakit jantung. Namun, pihak hospital percaya ia merupakan kes penderaan selepas hasil pemeriksaan menunjukkan kesan pukul di badan mangsa.
|
ADVERTISEMENT