CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Treler Didenda RM10,000 Sebabkan Wanita Keguguran

10-2-2023 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 919| Komen: 4


Mahkamah Majistret Gerik hari ini mendenda pemandu treler selepas mengaku bersalah memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kemalangan yang meragut nyawa seorang bayi dalam kandungan, Oktober tahun lalu.


Alias Awang, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Savinder Singh dan didenda RM10,000, lapor AWANI.


AWANI

Mahkamah juga memerintahkan butiran sabitan tertuduh dinyatakan dalam mana-mana lesen memandu miliknya.

Berdasarkan pertuduhan, bapa empat anak itu didakwa memandu treler jenis Hino di jalan raya tanpa kecermatan dan perhatian sepatutnya terhadap orang lain yang menggunakan jalan berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 69, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di dalam daerah Gerik pada jam 10.50 pagi, 29 Oktober 2022.

Berdasarkan kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan selain butiran kesalahan wajib dinyatakan dalam lesen memandu, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Murni Che Mood memohon hukuman denda dikurangkan dengan mengambil kira ia merupakan kesalahan pertamanya selain pengakuan salah lelaki itu telah menjimatkan masa dan kos pihak-pihak terlibat.

Bagainapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Atiyah Shafiee memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, kemalangan berlaku ketika treler dipandu tertuduh dalam perjalanan dari arah Gerik ke Jeli, Kelantan manakala empat kereta dari arah Jeli ke Gerik.

Apabila tiba di tempat kejadian, muatan siling dari treler terjatuh dan terkena pada kereta Honda City, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Subaru Forester, Perodua Alza dan Honda Civic menyebabkan penumpang hadapan SUV berkenaan parah serta keguguran bayi di dalam kandungan berusia lapan bulan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 10-2-2023 06:59 PM
Ni kes yang couple cainis tu kn? sedihnya.. 8mo’s tu dh tunggu masa je. Bag hospital pun dh kena bwk pegi mana ²..
Quote antikorok 10-2-2023 08:34 PM
Pemandu treler jahhhh yg kena denda???? Habis tuhhhh syarikat tuhhh yg lenjan kemain jimat kos overload bebanyak muatan atas treler tuh aman2 jah kerrr sekedar buat permohonan maaf di FB hahhhhh????
Quote miszclassique 10-2-2023 10:01 PM
hareeeesah replied at 10-2-2023 06:59 PM
Ni kes yang couple cainis tu kn? sedihnya.. 8mo’s tu dh tunggu masa je. Bag hospital pun dh kena bw ...

Tak silap i kalau kes yg itu, bukan setakat keguguran je
Rahim pecah pastu pregnant anak sulung pulak tu
Tak boleh mengandung lagi lah kan kalau dah rahim pecah?
Quote cikatilia 13-2-2023 11:11 AM
miszclassique: Tak silap i kalau kes yg itu, bukan setakat keguguran jeRahim pecah pastu pregnant anak sulung pulak tuTak boleh mengandung lagi lah kan kalau dah rah ...


betul tu.. mmg xle ada anak.. silap hari bulan kena buang semua sbb dah rosak pon kan rahim tu.. tsk tsk.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.057770 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top