CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Lembam Lemas Ketika Mandi Sungai Dengan Kawan-kawan

10-2-2023 06:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 505| Komen: 0

Seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) lembam lemas, ketika mandi di Sungai Kombat, Felda Perasu di sini semalam bersama sekumpulan remaja lelaki lain.

Lapor Bernama, sebelum kejadian, Muhammad Fakhrul Imam Zulkepli, 16, bersama rakan-rakannya ke lokasi kejadian pada 4.30 petang.



Gambar hiasan

"Kejadian berlaku apabila mangsa bersama rakannya Amir telah dihanyutkan ke tempat yang lebih dalam.

"Dua rakan lain berjaya menarik Amir naik ke tebing namun percubaan menyelamatkan mangsa menggunakan sebatang kayu tidak berjaya kerana kayu tersebut patah sebelum Muhammad Fakhrul tenggelam," kata Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa kemudian ditemukan timbul dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa diberi bantuan awal pernafasan (CPR) oleh rakan-rakannya tetapi gagal sebelum dikejarkan ke Klinik Peras. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan.


"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal akibat lemas," katanya.

Berdasarkan siasatan di tempat kejadian dan keterangan saksi, tidak terdapat unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.079098 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top