Warga emas yang didapati merogol pelajar sekolah menengah sehingga 109 kali ditahan polis di Cirebon, Jawa Barat. Suspek dari Wonosari di bandar Klaten, Jawa Tengah itu dilaporkan merogol mangsa sehingga melahirkan anak.
Dia yang berusia 60 tahun membuat pengakuan tersebut dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Klaten, baru-baru ini, lapor Detik.com yang dipetik Utusan. Dikenali dengan inisial G, dia mengakui kerap merogol mangsa sehingga terlupa berapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu. Akuinya, dia mengumpan mangsa dengan membelikannya kad tambah nilai kredit telefon bimbit dan internet sebelum melakukan perbuatan itu kira-kira tiga hingga empat kali dalam tempoh seminggu. “Ya banyak kali dan tak ambil jamu, lokasi sering bertukar, kadang-kala di rumah saya, mangsa atau di hotel,” katanya. “Bayi itu kini dijaga oleh keluarganya. Suspek merogol mangsa dari April 2022 hingga November 2022 sebanyak kira-kira 109 kali,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah (Reskrim) Polis Klaten, Febriyanti Mulyadi. - CARI
|
ADVERTISEMENT