CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Serina Redzuawan Hilang Hak Penjagaan Kekal Isabella

10-2-2023 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22419| Komen: 196

Serina Redzuawan hilang hak penjagaan kekal anak kedua selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membuat keputusan itu, semalam.

Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili bekas suaminya, Gavin, 46, berkata, mahkamah memutuskan demikian selepas menemu bual Isabella Saffiya O’luanaigh yang kini berusia 12 tahun di hadapan Hakim Syarie Zalinah Ahmad.



IG


“Mahkamah membuat keputusan setelah menemu ramah Isabella tentang pilihannya hendak tinggal dengan siapa selama hampir 30 minit selain mahkamah turut mendengar keterangan Gavin serta hujahan pihak kami,” kata peguam syarie itu ketika dihubungi Kosmo!.

Ia berikutan Serina tidak pernah mengambil anak tersebut (Isabella) tinggal bersamanya sehingga hari ini walaupun diberi hak penjagaan kekal Isabella sebelum ini.

Ketika prosiding, Gavin turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia percaya Serina kini tinggal di Perlis dengan suami baharunya.


Difahamkan, Serina tidak hadir semasa prosiding itu berlangsung semalam walaupun saman telah diserahkan kepadanya.

Berdasarkan dokumen tuntutan difailkan 9 Februari tahun lalu, antara alasan Gavin menuntut hak penjagaan kekal terhadap Isabella adalah disebabkan, Serina telah berkahwin lain selain kerap berpindah tempat tinggal.

Gavin juga turut menyatakan, bekas isterinya itu didapati telah berpindah ke Arau, Perlis sekaligus menyukarkan wanita berkenaan untuk menjalankan tanggungjawabnya memelihara kebajikan serta keselamatan Isabella.

“Berdasarkan keputusan hari ini, hak penjagaan kedua-dua anak tersebut Tristan dan Isabella kini diberikan kepada Gavin dan Serina diberikan hak lawatan dua minggu sekali,” ujar peguam syarie itu lagi.

Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010, namun bercerai pada 1 Ogos 2017 dan dikurniakan dua anak iaitu Tristan serta Isabella. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 10-2-2023 06:26 PM
siannya..betul2 cam 'kisah' Isabella Search.
Quote MelahJanda 10-2-2023 06:28 PM
pelik kenapa serina taknak jaga anaknya
Quote chandrahusin 10-2-2023 06:29 PM
Mak bapak biologi ni igt
Masa depan nnt boleh je claim
Korang tu anak2 aku
Anak2 akan cari bila bsr nnt
Tu yg ambik ringan
Quote wirazam 10-2-2023 06:30 PM
Apa komen tok wan ye
Quote leftrani_kel 10-2-2023 06:31 PM
Cepwan kata apa?nak skodeng IG dia la..
Quote shuk_one 10-2-2023 06:32 PM
apa kata tok wan dia lak
Quote margo20 10-2-2023 06:34 PM
Nasib la bapak dia berebut nak jaga anak
Quote amyza 10-2-2023 06:35 PM
Sedih pulak terlepas hak jagaan anak
Quote Kitty_catz 10-2-2023 06:35 PM
euwww mak apa cam nehh.. kucen pun sayang anak oii
Quote nazurah 10-2-2023 06:53 PM
Setakat petang tadi iols tengok tokwan belum mengarang lagi. Semoga bebudak ni kekal jadi muslim, begitu juga dengan Gavin dan isteri barunya itu
Quote prizadane 10-2-2023 06:56 PM
Bagus pun hakim bagi hak jagaan pada Gavin. At least, terjamin masa depan budak-budak ni. Mak nya lak sibuk mengulit laki baru. Job pun takde. Not a good role model walaupun dilahirkan islam. Kawin pun kat siam… so baik lah Gavin jaga. Pak tiri pun tak tentu boleh sayang budak-budak ni macam anak sendiri
Quote orkidorkido 10-2-2023 07:00 PM
Dia ni memang kurang intelek
sorry serina
Mak lain berebut nak anak, kau dah dapat tapi anak tak pernah tinggal sekali. Kalau macam tu jangan bising bila dapat jumpa anak 2 kali sebulan. Dulu yer yer kata buat bisnes cari reZeki untuk anak. Tapi tak nampak bersungguh nakkan anak. maka membesarlah anak-anak dengan si bapa & ibu tiri tu .. jangan meroyan lepas ni. Maybe that’s better for them
Quote umbut 10-2-2023 07:28 PM
Baguslah gavin jaga.. mak dah kahwin lain ada pak tiri
Quote kotakominami 10-2-2023 07:33 PM
Kalau dah anak die sendri nk tgl ngan bapak ade lah sebabnye...maybe dia rase lg safe dgn bapak dia...
Quote jazaa100 10-2-2023 07:34 PM
margo20 replied at 10-2-2023 06:34 PM
Nasib la bapak dia berebut nak jaga anak

Klu lelaki melayu, lega kan dah bercerai.....
Tak payah tanggung anak
Quote Cokoro 10-2-2023 07:37 PM
Sedih baca
Quote Samerosie 10-2-2023 07:38 PM
Rasa memang dia sendiri tak minat nak jaga anak2. Yg beria tok budak2 tu je.  
Quote tikusmontok 10-2-2023 08:35 PM
Dia ni sorry to say...mcm lembam.....dari dulu mcm nak tak nak jer ngan anak2..dah bsr budak2 tu nnt jgn merempan pulak
Quote Jemahjemah 10-2-2023 08:35 PM
Dah mak nya xnk jg. Dah dpt hak jagaan pun xambik anak. Bia la bpk dia jg. X islamik ke hape. Dah mak nya yg kekonon islamik xnk jg tu lg trok

Lihat semua komen(196)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.095453 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top