CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Di Kampung Harap Jasad Komando Lemas Ditemui

10-2-2023 05:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1252| Komen: 5

“Kebetulan abang saya yang juga seorang askar juga sedang berkursus di Semenanjung dan sekarang kami empat beradik berkumpul di sini dan ditempatkan di Kem Sungai Udang bagi mengikuti perkembangan kes kehilangan adik."


Abang anggota komando Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang hilang ketika menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Undan pada Selasa berharap jasad anak bongsu keluarga itu ditemui.


Lans Koperal Edrin Baintim (tengah) bersama ibu dan bapanya - Foto: AWANI

Andy, 28, berkata, meskipun operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah memasuki hari keempat, dia dan keluarga masih mengharapkan adiknya ditemui dalam keadaan selamat dan reda dengan apa sahaja ketentuan takdir.

Berkongsi keperibadian mangsa, Andy berkata adiknya itu sangat mengutamakan keluarga, bahkan pada penghujung Januari lalu, mangsa, katanya, memindahkan sejumlah wang kepadanya bagi menyelesaikan semua bayaran bil kediaman ibu bapa mereka di Tongod, Sabah.


Katanya, 22 Mei lalu menjadi pertemuan mereka 10 beradik iaitu ketika majlis perkahwinan seorang kakaknya.

Andy yang merupakan anak kesembilan itu berkata, dia hanya mengetahui berita kehilangan Edrin pada jam 4 petang Selasa lalu melalui aplikasi WhatsApp.

“Memang terkejut lah apabila tahu berita itu menerusi kumpulan WhatsApp dan saya cuba sahkan dengan sepupu yang bekerja di kem sama dengan tempat adik saya bertugas dan dia maklumkan memang betul.

“Kebetulan abang saya yang juga seorang askar juga sedang berkursus di Semenanjung dan sekarang kami empat beradik berkumpul di sini dan ditempatkan di Kem Sungai Udang bagi mengikuti perkembangan kes kehilangan adik,” katanya kepada AWANI.

Kini, mereka sekeluarga di kampung sentiasa menunggu perkembangan positif. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 10-2-2023 10:54 PM
Harap2 jumpa. Kesian mak bapak dia
Quote fortiori13 11-2-2023 01:54 PM
Takziah, kesian family dia
Quote monreyes 11-2-2023 02:15 PM
semoga selamat..wpun harapan tipis
Quote kemaruk 11-2-2023 02:36 PM
Mujur bukan berlaku di zaman penuh hasutan
Quote KirazMevsimi 12-2-2023 09:52 PM
aduh nakkk, muda lagi, anak bongsu pulak tu. Allahuakbar. moga ALLAH permudahkan

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.849678 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top