Mas Idayu langsung tak ada niat untuk mengkritik secara kasar sampai membuatkan individu yang dikritik bertambah buruk. Mas Idayu atau Mummy berkongsi pengalaman perjalanan hidupnya yang dikelilingi guru dan ibu bapa tegas dan garang.
Biarpun memberontak ketika di usia muda namun Mas Idayu kini mengerti ketegasan daripada guru dan ibu bapanya itu membuatkan dirinya menjadi lebih baik. "Dari sekolah, mummy sering dikelilingi oleh guru-guru yang tegas dan garang! Begitu juga di rumah mummy mempunyai ibu bapa yang tegas dan garang. "Masa kecil kita memberontak kerana kurang mengerti apa mahunya mereka... akhirnya kini mummy mengerti, sedikit bentakkan dan ketegasan bisa membuatmu lebih baik dan dikenali," kata Mas Idayu.
|
ADVERTISEMENT