CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taktik Baru Nak Samun Orang, Letak Telefon Dalam Keadaan Lampu Menyala Di Atas Jalan Raya?

10-2-2023 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 622| Komen: 0

Kecoh jadinya apabila satu mesej tular di media sosial mendakwa kononnya terdapat taktik baru dalam jenayah samun.

Bagaimanapun polis mengesahkan tiada laporan diterima mengenai perkara tersebut.


Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, mesej tersebut mendakwa penyamun akan meletakkan telefon dalam keadaan lampu menyala di atas jalan raya untuk menarik perhatian mangsa supaya berhenti.


Foto: kosmo

“Mesej itu mendakwa mana-mana mangsa yang berhenti untuk mendapatkan telefon berkenaan, seterusnya akan disamun. PDRM mengesahkan bahawa tiada laporan polis diterima mengenai modus operandi sedemikian,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Noorsiah, orang ramai juga dinasihati supaya tidak menyebarkan mesej-mesej atau berita palsu yang boleh mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada masyarakat.


Ujarnya, mana-mana pihak yang menyebarkan mesej atau berita palsu boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.066956 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top