CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantin Rosak Langsung Tak Dibaiki Sejak 2016- Beratus Murid Sekolah Di Maran Makan Bersepah-Sepah, Di Tepi Longkang Dan Lereng Bukit

10-2-2023 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1671| Komen: 19

MARAN: 230 murid sebuah sekolah di sini apabila terpaksa makan di lokasi ‘bersepah-sepah’ termasuk di tepi longkang dan lereng bukit kerana kantin sekolah itu yang rosak sejak 2016 belum dibaiki.

Ada antara mereka makan dalam kelas, di laluan pejalan kaki dan bawah khemah yang dipasang pihak sekolah bagi menampung ruang makan murid-murid di situ.

Jika hujan, murid tiada pilihan dan terpaksa makan di bawah khemah disediakan walaupun berlecak.

Foto: Utusan Online

Bagi 25 guru dan tujuh kakitangan kumpulan sokongan, mereka juga terpaksa membungkus makanan dan makan dalam bilik guru.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Zulyazan Mat Saman berkata, ekoran kerosakan kantin, tempat memasak juga terpaksa dipindahkan di lokasi baharu yang sempit iaitu sebuah bilik kecil tidak bertingkap.

Menurut beliau, pengusaha kantin menghadapi sedikit kesukaran dalam kerja-kerja membersihkan pinggan mangkuk, alatan masakan dan pembersihan kawasan memasak kerana paip air tiada di lokasi baharu.

“Hanya satu laluan ke bilik masak itu dan sebelum ini pernah berlaku kejadian kebocoran gas memasak. Dengan keadaan bilik yang kecil dan sempit, ia bahaya untuk keselamatan tukang masak, pekerja dan murid.

“Keadaan ini sudah lama berlarutan iaitu lebih lima tahun walaupun aduan serta permohonan dibuat kepada pihak berkenaan untuk pembinaan kantin baharu di sekolah ini.

“Ia sepatutnya diberikan keutamaan kerana ini soal kebajikan dan keselamatan murid, namun tidak diendahkan seolah-olah pihak berkenaan tidak memikirkan keselamatan murid sekolah ini,” katanya di sini semalam.

Bercerita tentang kerosakan kantin di sekolah itu, Zulyazan berkata, bermula 2016, berlaku reput yang memusnahkan atap kantin, hakisan dan retakan pada dinding serta lantai.

“Setiap tahun retakan makin ketara, membesar serta luas. Pada 2019, Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat analisis dan mengesahkan bahawa bangunan kantin tidak boleh digunakan sepenuhnya dan berbahaya kepada murid,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, JKR mencadangkan supaya lokasi kantin diubah kerana tempat sedia ada berisiko disebabkan terlalu dekat dengan cerun dan didapati berlaku pergerakan tanah di situ.

“Pihak JKR juga telah mengemukakan anggaran kos untuk membina kantin baharu sebanyak RM341,600. Ia membabitkan kerja awalan, kerja meroboh, kerja-kerja bina baharu dan kerja-kerja elektrik,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Siti Aishah Othman, 51, berkata, dia cukup sedih melihat keadaan murid sekolah tersebut makan di lokasi ‘bersepah-sepah’ termasuk tepi longkang.

“Lagi sedih kalau waktu hujan atau ketika hujan. Bawah khemah tempat makan sementara disediakan berlecak, tapi apakan daya murid tetap kena makan di situ,” katanya. 

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 10-2-2023 04:37 PM
Bawak wakil rakyat makan2 kat situ
Quote airfilterkotor 10-2-2023 04:53 PM
RM341,600 tu kos utk tahun 2016-2017.

Kalau sekarang agak-agak?
Quote Samerosie 10-2-2023 04:55 PM
Jika hujan, murid tiada pilihan dan terpaksa makan di bawah khemah disediakan walaupun berlecak.


Tak boleh ke derang makan dalam kelas je.  At the end of the day, kalau canteen elok pun, derang sendiri kena sapu buang sampah class derang sendiri kan.  so why not?
Quote Farhaz 11-2-2023 02:18 AM
Kan awak. Sy pun terfikir benda sama..
Quote gekkou 11-2-2023 09:19 AM
makan je la dlm kelas
alas surat khabar atas meja kalau takut kotor meja
semoga lepas dah keluar media ni
bantuan segera diberikan
sapo la kepala yang tak amik endah ni
Quote shernazz 11-2-2023 09:21 AM
Dahsyat dari 2016 tak.repair
Kesian budak2 sekolah
Quote True-X 11-2-2023 09:23 AM
guru besar wat pe?..wakil rakyat yg menang ari tuh wat pe?
Quote Suchi 11-2-2023 09:50 AM
Edited by Suchi at 11-2-2023 10:00 AM

Murid sikit je sekolah ni, kat bandar darjah 1 je dah dekat 400 org.
Malang betul nasib bebudak kat sini, lama sgt nih. Erm kantin sekolah anak iols minta sumbangan rm10k pun amik masa lama skrg lagi 2k tk cukup utk tambah bangku besi utk budak2 mkn.
Belakang sek keb tu sekolah skjc, baru2 ni dorang sedekah 100 biji kusi ngn meja. Sekolah dorang sampai ada lebihan kusi ngn meja, maybe tak ramai murid kot sbb baru lagi dibuka sekolah tu dlm setahun dua ni.
Quote Suchi 11-2-2023 09:52 AM
gekkou replied at 11-2-2023 09:19 AM
makan je la dlm kelas
alas surat khabar atas meja kalau takut kotor meja
semoga lepas dah keluar med ...

Kan.. iols sebenarnya nyampah juga kena mkn kat kanten nih
Suka masa pandemik dulu bebudak mkn dlm kelas, masa ada panjang nk mkn.
Duk kantin nk cari tmpat duduk lgi, nak beratur lagi aihh
Anak iols nak naik darjah 1 nih dah naik risau walaupun bawak bekal tp kalau takde tempat duduk nk mkn kt mana?
Zaman iols sekolah dulu selalu lepak bawak pokok je time rehat kalau tak g library.
Tak penah berhimpit2 kat kantin tu, kawan iols beli karipap dan mkn kat pangkin bawah pokok
Quote Suchi 11-2-2023 09:55 AM
True-X replied at 11-2-2023 09:23 AM
guru besar wat pe?..wakil rakyat yg menang ari tuh wat pe?

Parlimen Maran wakil rakyat sama je yg menang tp dia bertanding kali ni atas parti lain huhu
last minute sblm PRU beliau umumkan bertanding atas tiket parti lain kes sama mcm tok dan arau tu laaa
Quote gekkou 11-2-2023 01:29 PM
Suchi replied at 11-2-2023 09:52 AM
Kan.. iols sebenarnya nyampah juga kena mkn kat kanten nih
Suka masa pandemik dulu bebudak mkn dl ...

zaman aku sekolah rendah punjenis bawa bekal juga
mak plak masak sedap2 sampai kawan2 pun sama menumpang
makan dalam kelas je
x ada plak cikgu halau
skang ni kelas cantik sangat hias
sampai cikgu takut rosak hiasan/ kotor kot

tapi kalau dah terdesak since x ada kantin
patut dibenarkan
atau ada masalah lepas beli makanan nk patah balik ke kelas
buang sampah/ pinggan cawan/ sisa makanan tu leceh gamaknya
Quote fortiori13 11-2-2023 02:00 PM
Edited by fortiori13 at 11-2-2023 06:02 AM

Kannn, sementara x de kantin ni, bagi je.la makan dlm kelas, kesian adik2 tu...
Quote tikusmontok 11-2-2023 02:07 PM
Bila jagong nak dtg melawat ni?
Quote Burong_Hantuk 13-2-2023 09:18 AM
oh my malaysia
Quote margo20 13-2-2023 09:24 AM
Since sekolah luar bandar tak dpt la nk mntk sumbangan ibu bapa utk upgrade kantin nk tgu kerajaan mmg smpai jd alumni ler budak budak tu dah
Quote pekanwoohoo 13-2-2023 09:37 AM
Padahal KPM tiap tahun dapat bajet tertinggi bila pengumuman. Duit-duit ni pergi mana pun tak tahu, serba serbi daif sekolah.
Quote cikatilia 13-2-2023 11:21 AM
kesiannya.. budget ada tp sapa telan
Quote airfilterkotor 13-2-2023 12:56 PM
JKR buat dilap report siap kos pembaikan.
Laporan serah pada Jab.Pendidikan Negeri. Ini for sure.

Sekarang ni samada laporan tu mengalir lesu atau tersangkut kat Jab.Pendidikan Negeri atau Kem.Pendidikan atau MoF atau pending sebab ada skolah lain lagi kritikal.

Ntahlah.
Quote ~boolean 13-2-2023 01:28 PM
Kenapa guru boleh makan dalam bilik guru tapi murid tak boleh makan dalam kelas....

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.126242 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top