CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Tolak Pencen, Bekas Polis Wanita Tak Menyesal Berhenti Kerja Gomen Untuk Jadi Bodyguard Usahawan Lelaki

10-2-2023 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7788| Komen: 119

Seorang bekas anggota polis wanita kini bekerja sebagai pengawal peribadi kepada seorang ahli perniagaan.

Menurut Ameyza Yaacob, 35, dia tidak pernah menyesali keputusan itu walaupun mendapat tentangan banyak pihak.


Foto: tiktok

"Saya kerja dalam kerajaan selama lima tahun. Saya resign Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2019. Sebabnya, saya dapat better offer daripada syarikat swasta.

"Masa tu saya ambil masa dekat setahun untuk resign. Saya berfikir dalam tempoh setahun. Saya tanya orang lama dekat unit saya, kemudian saya juga berbincang dengan keluarga.

"Awalnya keluarga pun tak bagi saya resign, sebab dah kerja kerajaan tiba-tiba nak kerja swasta. Mereka berat hati. Tapi saya jelaskan sebab saya. Akhirnya mereka bagi green light," imbasnya.



Senang disapa Aimey, dia mengakui hidupnya kini lebih terjamin, malah bersyukur dapat terus menabur bakti buat keluarganya di Kelantan.

Tambah Aimey, dia percaya dengan takdir Allah dan yakin rezeki itu ada di mana-mana, asalkan ia disusuli dengan usaha serta kerja keras.

"Mengenai pencen, benda tu saya dah hadap sejak resign sehingga sekarang. Orang tanya, tak sayang ke? Rugi sebab kerja kerajaan ada pencen. Macam saya, saya dah buat keputusan, kenapa nak menyesal?



"Sayang memang sayang. Siapa cakap tak sayang? Sebab dari sekolah rendah saya nak jadi polis. Bila dah dapat kerja polis, saya berhenti pula. Tapi saya fikir tanggungjawab serta komitmen yang perlu ditanggung.

"Saya ada mak ayah yang perlu disara. Bila dapat better offer, gaji tiga kali ganda berbanding gaji lama, why not saya lepaskan benda ini. Rezeki Allah itu luas, bukan dalam sektor kerajaan saja.

"Alhamdulillah. Saya rasa ini keputusan terbaik untuk diri saya dan untuk keluarga sebab saya boleh bagi macam-macam untuk mereka," jelas Aimey yang kini menetap di Kuala Lumpur.



Dalam pada itu, Aimey yang bercerita mengenai perjalanan kerjayanya menerusi video di TikTok tidak terlepas menerima kritikan, termasuklah yang menuduh dia diberentikan kerja.

"Betina ni kena buang bukan berhenti," tulis seorang netizen di TikTok sehingga Aimey terpanggil untuk memberi penjelasan.

Menurut Aimey, dia tidak kisah dengan tanggapan orang, namun sekali lagi mahu menyangkal tuduhan jahat berkenaan kerana ia tidak benar sama-sekali.



"Yang pasal dituduh kena buang kerja, saya sebenarnya dah pernah jelaskan. Saya sendiri pernah cerita kenapa saya berhenti kerja. Saya tak kisah pun, sebab keluarga dan sesiapa yang kenal saya, mereka tahu saya resign, bukan kena buang.

"Kalau mereka pandai, benda tu mereka boleh fikir. Dalam sektor awam, bukan senang-senang nak buang anggota atau pekerja, melainkan kalau kesalahan itu berat. Kalau betul saya kena buang, orang tak akan ambil saya kerja sebab rekod dah buruk," jelasnya lagi.

Untuk rekod, Aimey mempunyai lebih 426,000 pengikut di TikTok, malah video penjelasan mengenai dia berhenti kerja turut meraih lebih 1.8 juta tontonan di platform itu.

Aimey juga aktif menghasilkan video kecergasan menerusi TikTok dan turut menjalanlan perniagaan bengkung sejak 2019 bersama rakannya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 10-2-2023 04:09 PM
Oh sheol. Sheol popular di socmed ya. Kebetulan lawa so bonus point untuk sheols.
Quote Themilo 10-2-2023 04:16 PM
keje swasta dapat la all out ya. free hair, dye rambut, mekap tebal. keje polis gomen mana boleh outstanding macam tu..
Quote dua_chzy 10-2-2023 04:19 PM
Themilo replied at 10-2-2023 08:16 AM
keje swasta dapat la all out ya. free hair, dye rambut, mekap tebal. keje polis gomen mana boleh out ...

Eh boleh je. Tapi Melayu tak ramai buat sebab tak mau dikecam.
Quote copy_paste 10-2-2023 04:27 PM
pendapat peribadi aku la,
kalau takat baru keje gomen 5-6 tahun kalau rasa nak berhenti sbb dpt offer lebih baik... baik berhenti je,amik tawaran lebih tinggi, sbb menguntungkan semua pihak,
rugi EPF hanya beberapa tahun je la..
Quote haruslah 10-2-2023 04:27 PM
Senang dpt lesen timbak
Quote Antifake 10-2-2023 04:32 PM
Body fit. Profession ni jarang for women kat malaysia. Cuma kena fikir lepas umur 30 tahun kena ada backup plan.
Quote noor2 10-2-2023 04:37 PM
Body lawa....akak suka body dia..pandai jaga
Quote me12345 10-2-2023 04:40 PM
Pi keje tak kemas katil..malas
Quote Samerosie 10-2-2023 04:49 PM
Harap2 tak menyesal di hari tua dan sementara senang ni himpun lah reta ke simpanan duit.  I kenal laki bini SB, berenti sebab ikut kawan kononnya jadi bodyguard VVVIP.  Bila dah tak nak guna kena berenti.  Sekarang dah tua, sewa flat kerja jaga buat kuih demi kelangsungan hidup.
Quote jazaa100 10-2-2023 05:09 PM
copy_paste replied at 10-2-2023 04:27 PM
pendapat peribadi aku la,
kalau takat baru keje gomen 5-6 tahun kalau rasa nak berhenti sbb dpt offe ...

Dia UTK.....

Bkn calang² org dpt jadi UTK
Quote mejaputih 10-2-2023 05:22 PM
kalau dh tkde job jd bodyguard, boleh try jd pelakon action movie jd mcm lara tomb...
Quote cmf_premierleag 10-2-2023 05:28 PM
Perghhh body lawa senang cari baju n baju lawa2
Mmg kene fit nih
Quote she 10-2-2023 05:36 PM
Macik tengok iv dia kat YT
Hampeh betoiii
Dalam ni kemain helok
Dalam YT berkerak muka
Blackhead bersepah
Lipstick merah terkeluar dari lipliner

Geram macik nengok
Macam nak tolong bilas
Bila dia buka mulut
Turn off

Bye
Maapkan macik mengeji tanpa filter
Quote rikiruj 10-2-2023 05:37 PM
copy_paste replied at 10-2-2023 04:27 PM
pendapat peribadi aku la,
kalau takat baru keje gomen 5-6 tahun kalau rasa nak berhenti sbb dpt offe ...

Betul.. in fact 3 tahun pertama tu memang masuk EPF pun, lepas confirm dan dia pilih skim pencen baru depa stop caruman EPF.. kalu berhenti lepas 5 tahun maknanya 2 tahun je la takde caruman.  Kalau gaji konstable / lans koperal / koperal rasanya potongan & caruman tak berapa sangatlah.  Good decision dia buat tu.. better now than after 7-8 yrs.  
Quote she 10-2-2023 05:37 PM
Ok macik tak tipu arrrrr
Quote iraizz 10-2-2023 05:42 PM
Bila la nak dapat body fit and lean macam tu, penat hari2 aku angkat dumbell tanpa putus asa
Quote blue_blur 10-2-2023 05:46 PM
skill UTK macam ni, perempuan pulak tu, mana2 pihak akan hire punya lah.
cuma kena sentiasa draw line dan jangan sesekali cross lah.
Quote she 10-2-2023 05:47 PM
Rajin pulak macik g tengok sampai habis
Mahal gaji dio
Quote chandrahusin 10-2-2023 05:47 PM
she replied at 10-2-2023 05:36 PM
Macik tengok iv dia kat YT
Hampeh betoiii
Dalam ni kemain helok

Potong stim

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.211759 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top