CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Letak Racun Dalam Kek Keju, Wanita Cuba Bunuh 'Kembar' Sebab Nak Curi Identiti

10-2-2023 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1570| Komen: 10

New York: Seorang wanita Rusia cuba membunuh individu mirip dengannya menggunakan kek keju beracun dan kemudian mencuri identitinya.

Viktoria Nasyrova, 47, didakwa di Mahkamah Amerika Syarikat dan didapati bersalah atas cubaan membunuh oleh juri di New York, kata peguam daerah bagi wilayah Queens di bandar itu dalam satu kenyataan.


Nasyrova melawat rumah mangsa yang ketika itu berusia 35 tahun pada Ogos 2016 sambil membawa hadiah kek keju.


Victoria, Foto: Agensi

Dalam perbicaraan itu, pasangan berkenaan menyerupai satu sama lain iaitu kedua-duanya bercakap bahasa Rusia, berambut gelap, kulit yang sama dan berkongsi ciri fizikal lain.

Mangsa makan pencuci mulut dan mula berasa sakit sebelum pengsan.

Keesokan harinya, seorang rakan mendapati mangsa tidak sedarkan diri.

Pil bertaburan di sekelilingnya menjadikannya kelihatan seperti cuba membunuh diri, kata pendakwa raya.


Apabila mangsa pulang ke rumah selepas rawatan di hospital, dia mendapati pasport dan kad kebenaran pekerjaannya hilang bersama barang kemas dan barang berharga lain.

Ejen penguatkuasa undang-undang menguji kek keju dan mendapati ia dicampur dengan Phenazepam, ubat penenang yang sangat kuat.

Nasyrova yang tinggal di Brooklyn juga disabitkan atas kesalahan menyerang, penjara yang menyalahi undang-undang dan mencuri.

Dia akan dijatuhkan hukuman pada 21 Mac dan berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 10-2-2023 03:00 PM
Russians.


Quote dua_chzy 10-2-2023 03:00 PM
Wah dah boleh post komen less than 10 bytes.
Quote sharlenetexas 10-2-2023 03:04 PM
Last week ada kes mcm ni juga.
Ini bukan zaman dr rushdi lah.

Quote supernaturalee 10-2-2023 03:04 PM

[youtube]aREG4nk-qqM[/youtube]



Quote KamikuP 10-2-2023 05:10 PM
Hoh kembar pun ada yg dengki khianat ek.. ingatkan baik rukun adik beradik aman aman jahh.. ekekeke
Quote kepompong 10-2-2023 05:35 PM
KamikuP replied at 10-2-2023 05:10 PM
Hoh kembar pun ada yg dengki khianat ek.. ingatkan baik rukun adik beradik aman aman jahh.. ekekeke

bukan twin sister you… ni doppelganger
Quote antikorok 10-2-2023 08:05 PM
Edited by antikorok at 10-2-2023 08:08 PM

Baru jahhhhh hujung bulan lepas ada kes wanita b*n*h wanita lain seiras dgn dia sbb nak curi identiti konon masalah keluarga katanyehhh, siap t*kam k*elar lagik muka mangsa utk elakkan kena cam oleh family yg memb*n*h tu, ujong2 kantoi sebab DNA lain tak sama. Kes kat Jerman hari tuhhh

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5141665
Quote Decaffeinated 10-2-2023 09:24 PM
juga disabitkan atas kesalahan menyerang, penjara yang menyalahi undang-undang dan mencuri.


illegal detention = penjara yang menyalahi undang-undang


Quote KamikuP 13-2-2023 09:43 AM
kepompong replied at 10-2-2023 09:35 AM
bukan twin sister you… ni doppelganger

haah ye lar.. tq sis ats info
Quote Burong_Hantuk 14-2-2023 08:11 AM
Jahatnya kau!!!!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.098834 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top