CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota Tentera Didakwa Rogol Dan Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Saudara Usia 11 Tahun

10-2-2023 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1841| Komen: 22

MELAKA – Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya dua tahun lepas.

Tertuduh yang berusia 41 tahun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.



Foto: Kosmo

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun tanpa kerelaannya.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 12 tengah hari di sebuah rumah dalam daerah Melaka Tengah pada 29 Disember 2021.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.

Tertuduh juga didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama kira-kira pukul 11 malam di lokasi yang sama pada 28 Disember 2021.


Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

Ujarnya, tertuduh juga adalah bapa saudara kepada mangsa dan melakukan perbuatan itu ketika mangsa dihantar ke rumah tertuduh untuk dijaga isterinya sepanjang waktu persekolahan.

Beliau bagaimanapun mencadangkan jaminan sebanyak RM40,000 berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan saksi sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara.

Tertuduh yang diwakili Peguam Cassian Anthony dan Kent Tan Chow Teng merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan berpendapatan rendah dan menanggung isteri serta dua anak yang berusia 11 dan 14 tahun.

Setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 serta membenarkan syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan tarikh 16 Mac depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 10-2-2023 02:59 PM
mereputlah kau pedo dlm penjara.. harap kena dgn btg mop
Quote dua_chzy 10-2-2023 03:01 PM
Aiols percaya incestuous desire adalah penyakit mental yang ada kaitan dengan genetik yang diwarisi dari nenek moyang leluhur.
Quote Nt-ViruS 10-2-2023 03:06 PM
kurang 10 tahun lagi pedophilia akan dinormalizekan.

Quote prettyuglybabe 10-2-2023 03:45 PM
mat terap sojar memang ramai gatal gila seks..
Quote manehnya 10-2-2023 04:00 PM
binatang pnya orang! x layak hidup! tlg bunuh dia, kerat kote bg babi mkn
Quote manehnya 10-2-2023 04:01 PM
prettyuglybabe replied at 10-2-2023 03:45 PM
mat terap sojar memang ramai gatal gila seks..

but still.. bini2 buat bideo kt TT kata beh ooo suami depa
Quote Decaffeinated 10-2-2023 04:15 PM
Nt-ViruS replied at 10-2-2023 03:06 PM
kurang 10 tahun lagi pedophilia akan dinormalizekan.

di mana tu?

bukan dah berkurun ka halal


Quote kepompong 10-2-2023 04:16 PM
Nt-ViruS replied at 10-2-2023 03:06 PM
kurang 10 tahun lagi pedophilia akan dinormalizekan.

apa rupa senjata transgender tu. sama ori ka
Quote kepompong 10-2-2023 04:17 PM
kalau rasa gatal cari wife. Kenapa cari org lain?
Quote Decaffeinated 10-2-2023 04:24 PM
dua_chzy replied at 10-2-2023 03:01 PM
Aiols percaya incestuous desire adalah penyakit mental yang ada kaitan dengan genetik yang diwarisi  ...

has been in the 'history' of human longer than anything else

bagus juga kalau ada yang nak study if there is any physiological link or explaination like otak kecik or DNA bersimpul ka and if it is a disease, whether it can be cured.



Quote mamajawie 10-2-2023 04:50 PM
kimak tol siap pasang lawyer nk minta kurang hukuman..time kote gatal nk rogol orang tu ko x pikir lak ye..spesis sial
Quote myakayina 10-2-2023 04:54 PM
klu masuk dlm ni mmg kena dia.. aku tengok kes rogol anak sendiri kt luar negara pun kena dgn banduan2 dlm tu..
Quote KamikuP 10-2-2023 04:55 PM
Mohon mati kene belasah dalam bilik mandi penjara setelah dirodok dengan mop kat lubang anus
Quote b_n_c 10-2-2023 04:57 PM
mamajawie replied at 10-2-2023 04:50 PM
kimak tol siap pasang lawyer nk minta kurang hukuman..time kote gatal nk rogol orang tu ko x pikir l ...

kalau psg lawyer camni agak2 berapa ringgit kena bayar?
Quote dua_chzy 10-2-2023 04:57 PM
Edited by dua_chzy at 10-2-2023 09:02 AM
Decaffeinated replied at 10-2-2023 08:24 AM
has been in the 'history' of human longer than anything else

bagus juga kalau ada yang nak study i ...


I don't think sexual preference can be cured - ever.

Rasanya ada kajian dah pasal ni.

Sebab tu juga ada golongan yang perjuangkan pedo rights.
Quote alieyrina 10-2-2023 06:30 PM
Bawak ke tmn buaya melaka ja. Kata dia sendiri yg nak terjun ke dalam tu. Babi betui
Quote LoveSungmin 10-2-2023 06:34 PM
manehnya replied at 10-2-2023 04:01 PM
but still.. bini2 buat bideo kt TT kata beh ooo suami depa

iols flip hair je tengok bideo #warkahcintatentera tu
Quote Decaffeinated 10-2-2023 06:38 PM
dua_chzy replied at 10-2-2023 04:57 PM
I don't think sexual preference can be cured - ever.

Rasanya ada kajian dah pasal ni.

Yup you said it right, sexual preference.

Polygamy itu sexual preference yang tak boleh cured tapi boleh contain. Sama juga incestuous tendencies or paedophilia - it's not like their interest is tertutup terus untuk jadi normal. Btw between the two, I do not see paedophilia will ever stand a chance even in the most liberal setting.

Quote Samerosie 10-2-2023 06:44 PM
Dan dan pakai songkok lah bagai ye

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.312987 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top