Feeya Iskandar disahkan dijangkiti Influenza A pada Khamis lalu, 'menyerah' diri ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Pada awalnya dia ke hospital bagi membuat pemeriksaan doktor namun disahkan dijangkiti virus berkenaan.
Kata Cik Piah, dia mendapat virus tersebut daripada dua anaknya iaitu Adam Malique, 6 dan Nur Aryyan, 5, yang sebelum ini turut diserang virus sama pada awal bulan ini. "Saya berjangkit dengan anak saya, mereka yang kena dulu. Virus ini memang berjangkit tapi mereka sudah okey, saya pula kena. "Suami saya sahaja yang belum kena dan sebab itu saya pilih dimasukkan ke wad supaya tidak menjangkitinya pula. Dekat hospital ini ada ubat dan doktor pantau. Dapat juga saya berehat," katanya kepada mStar.
|
kuzaime replied at 10-2-2023 01:07 PM
Aku rajin aje dengar suria. 1 yg aku perasan cikpiah kerap sgt sengau suara dia, mcm selsema.
Fazzbulous replied at 10-2-2023 02:43 PM
amik vaksin influenza ok tak eh?
ADVERTISEMENT