CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selepas Bau Simen Dinding, Asha Merican Mengidam Main Lato-Lato

10-2-2023 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1649| Komen: 12

Selepas bau simen dinding, Asha Merican, 25, yang kini hamil trimester ketiga, mengidam untuk memiliki permainan lato-lato pula.

Ini memaksa suaminya yang juga pelakon, Harris Anuar bergegas mencarinya dan akhirnya berjaya mendapatkannya selepas meninjau di lima kedai.


Foto: IG

"Geng, bini mengidam nak main lato-lato mana nak cari eh? Dah pergi lima kedai Acheh tak jumpa-jumpa. Tolong," tulisnya di Instagram semalam.

"Memang saya dah lama mengidam nak main lato-lato ini. Banyak juga kedai dia pergi cari tapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya ramai orang beritahu dekat Uptown Damansara ada jual. Memandangkan kami tinggal di Damansara, suami pergi beli di sekitar sini.

"Sebenarnya rasa pelik juga sebab ini kali pertama saya rasa begini. Sebelum ini saya tak pernah rasa nak main benda-benda macam ini," katanya kepada Harian Metro.



Menurut pelakon drama bersiri Cik Ayu Mee Sanggul ini, tiga hari lamanya dia memberitahu Harris berkenaan keinginannya mahu bermain lato-lato.

"Mulanya dia ingat saya main-main. Keinginan timbul apabila saya tengok satu video lato-lato di TikTok. Jadi saya telefon suami suruh beli juga.

"Dia segera cari di kedai berdekatan rumah tapi tak jumpa. Namun, akhirnya dia berjaya beli dengan bantuan pengikut Instagramnya.

"Apabila dah dapat main lato-lato rasa puas itu memang lain macam," katanya yang merahsiakan jantina bayinya.



Sementara itu, Asha yang akan tampil dengan drama Pengantin Pasti Jadi mengakui berdebar-debar menanti kelahiran bayi pertama mereka.

"Takut juga sebenarnya. Buat masa ini saya hanya berehat. Insya-Allah habis bersalin dan berpantang saya akan sambung semula berlakon.

"Alhamdulillah suami layan saja permintaan saya. Makan pun dia selalu masakkan untuk saya. Bangun pagi dengar bunyi bising dekat dapur ingatkan apalah dia buat.


"Rupa-rupanya dia masak untuk saya. Dia memang seorang suami yang penyayang dan rajin," katanya.

Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun tahun lalu selepas empat tahun menjalin hubungan cinta. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 10-2-2023 01:29 PM
merapu2 aje la mengidam dia ni..
Quote princessmiang 10-2-2023 01:43 PM
Main lato lato laki kau sudahlah
Quote kotakominami 10-2-2023 02:21 PM
Lambat lagi ke nak bersalin...terasa mcm dia ngandung dah dua tahun byak cengkadak.
Quote Samerosie 10-2-2023 02:42 PM
Ini bukan mengidam ini mengada.
Quote vanillaninja 10-2-2023 02:58 PM
Lawa eh bini heols.
Quote pichee 10-2-2023 04:32 PM
I nmpk diorg kt rnr aritu… perut wife die dh besar dh bru die umum pregnant…


So kita sabar ckit je lg la nk tgu berita2 mcm ni lg…besar tu dlm 4 -5 bulan usia kandungan..hihi
Quote red_velvet 10-2-2023 09:42 PM
Melebih2 ...
Quote JalaEmas 11-2-2023 02:47 AM
So ape yg gosipnye? Setakat mengada bukan mengidam ni tak perlu up sini.
Quote dudaberhias 11-2-2023 03:04 AM
celah mana yang mengidam... tu mengada2 dik oiii... nak je suruh laki ko hantar ko ke rumah bainun biar dia siram ko pakai air coway panas...
Quote Kurex 11-2-2023 08:12 AM
Malas nak maki hamun wanita mengandung. Takut terlekat dekat kandungan
Quote Zeatyisaac 11-2-2023 10:09 AM
Haris memang nampak seorang yang baik. Anak yang baik, adik yang baik dan suami yang baik. Semoga berbahagia hendakNYA.
Quote chocobozhere 11-2-2023 09:55 PM
Oh wife dia yg berlakon cerita dgn aiman n Diana danile tu kan. Tah apa tajuk dia..ke aku salah org...btw suka tengok. Cantik dia ni tapi asben dia aku tak berapa minat.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.102414 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top