View: 1486|Reply: 12
|
Selepas Bau Simen Dinding, Asha Merican Mengidam Main Lato-Lato
[Copy link]
|
|
Selepas bau simen dinding, Asha Merican, 25, yang kini hamil trimester ketiga, mengidam untuk memiliki permainan lato-lato pula.
Ini memaksa suaminya yang juga pelakon, Harris Anuar bergegas mencarinya dan akhirnya berjaya mendapatkannya selepas meninjau di lima kedai.
Foto: IG
"Geng, bini mengidam nak main lato-lato mana nak cari eh? Dah pergi lima kedai Acheh tak jumpa-jumpa. Tolong," tulisnya di Instagram semalam.
"Memang saya dah lama mengidam nak main lato-lato ini. Banyak juga kedai dia pergi cari tapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya ramai orang beritahu dekat Uptown Damansara ada jual. Memandangkan kami tinggal di Damansara, suami pergi beli di sekitar sini.
"Sebenarnya rasa pelik juga sebab ini kali pertama saya rasa begini. Sebelum ini saya tak pernah rasa nak main benda-benda macam ini," katanya kepada Harian Metro.
Menurut pelakon drama bersiri Cik Ayu Mee Sanggul ini, tiga hari lamanya dia memberitahu Harris berkenaan keinginannya mahu bermain lato-lato.
"Mulanya dia ingat saya main-main. Keinginan timbul apabila saya tengok satu video lato-lato di TikTok. Jadi saya telefon suami suruh beli juga.
"Dia segera cari di kedai berdekatan rumah tapi tak jumpa. Namun, akhirnya dia berjaya beli dengan bantuan pengikut Instagramnya.
"Apabila dah dapat main lato-lato rasa puas itu memang lain macam," katanya yang merahsiakan jantina bayinya.
Sementara itu, Asha yang akan tampil dengan drama Pengantin Pasti Jadi mengakui berdebar-debar menanti kelahiran bayi pertama mereka.
"Takut juga sebenarnya. Buat masa ini saya hanya berehat. Insya-Allah habis bersalin dan berpantang saya akan sambung semula berlakon.
"Alhamdulillah suami layan saja permintaan saya. Makan pun dia selalu masakkan untuk saya. Bangun pagi dengar bunyi bising dekat dapur ingatkan apalah dia buat.
"Rupa-rupanya dia masak untuk saya. Dia memang seorang suami yang penyayang dan rajin," katanya.
Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun tahun lalu selepas empat tahun menjalin hubungan cinta. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
merapu2 aje la mengidam dia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Main lato lato laki kau sudahlah |
|
|
|
|
|
|
|
Lambat lagi ke nak bersalin...terasa mcm dia ngandung dah dua tahun byak cengkadak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bukan mengidam ini mengada. |
|
|
|
|
|
|
|
I nmpk diorg kt rnr aritu… perut wife die dh besar dh bru die umum pregnant…
So kita sabar ckit je lg la nk tgu berita2 mcm ni lg…besar tu dlm 4 -5 bulan usia kandungan..hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
So ape yg gosipnye? Setakat mengada bukan mengidam ni tak perlu up sini. |
|
|
|
|
|
|
|
celah mana yang mengidam... tu mengada2 dik oiii... nak je suruh laki ko hantar ko ke rumah bainun biar dia siram ko pakai air coway panas... |
|
|
|
|
|
|
|
Malas nak maki hamun wanita mengandung. Takut terlekat dekat kandungan |
|
|
|
|
|
|
|
Haris memang nampak seorang yang baik. Anak yang baik, adik yang baik dan suami yang baik. Semoga berbahagia hendakNYA. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh wife dia yg berlakon cerita dgn aiman n Diana danile tu kan. Tah apa tajuk dia..ke aku salah org...btw suka tengok. Cantik dia ni tapi asben dia aku tak berapa minat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|