CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kacau Tumpuan Main Scrabble, Lelaki Tikam Jiran Sampai Mati Sebab Pasang Muzik

10-2-2023 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 446| Komen: 0

PARIS: Seorang lelaki di Perancis bunuh jiran senditi hanya kerana mangsa memainkan muzik kuat sampai mengganggu tumpuan suspek ketika bermain permainan Scrabble.

Mirror melaporkan, ketika kejadian, Benjamin C, 41, sedang bermain permainan Scrabble di kediamannya di Lyon pada 16 Mei 2020.


Benjamin didakwa membunuh pelajar bernama Romane, 21, ketika mangsa mengadakan pertemuan kecil bersama beberapa rakannya di rumahnya.


Foto: BBC

Jelas polis, mangsa dan rakan-rakannya berhimpun sambil bermain kad serta mendengar muzik yang dikatakan tidak terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteraman jiran lain.

“Namun, Benjamin mengetuk pintu rumah mangsa dan menuntutnya memperlahankan muzik.

“Mangsa dan rakan-rakannya kemudian menjelaskan kepada Benjamin bahawa muzik dipasang mereka tidak terlalu kuat.

“Semasa perbincangan itu, Benjamin didakwa mengeluarkan pisau dan bertindak menikam Romane sebelum melarikan diri,” katanya.


Polis berkata, mangsa ditikam di bahagian arteri femoral sehingga mengalami pendarahan yang banyak.

“Rakan mangsa cuba menyerang Benjamin dengan membaling bangku ke arahnya ketika dia melarikan diri dari rumah.

“Mangsa dikejarkan ke hospital namun dia meninggal secara tragis dua hari kemudian akibat kecederaan dialaminya,” katanya.

Sementara itu, peguam mewakili Benjamin berkata, anak guamnya `terganggu’ dengan bunyi bising yang datang dari rumah Romane.

“Oleh kerana, Benjamin mempunyai masalah penglihatan yang lemah, justeru pendengarannya juga menjadi lebih sensitif.” katanya.

Atas faktor itu, Benjamin mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh dengan sengaja kerana `tidak menyedari telah mencederakan mana-mana individu disebabkan masalah penglihatan dialaminya’.  -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.031494 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top