Walaupun dah cerai, Chot tetap mahu bersemuka dengan bekas isteri, Siti Zafirulah Azzah bagi menyelesaikan kemelut berbangkit di antara mereka. Namun katanya, Azzah enggan memberi kerjasama malah sudah menyekat semua bentuk komunikasi termasuk di platform media sosial meskipun sudah menggunakan kaedah undang-undang bagi mencari pendamaian.
"Kalau boleh saya nak kami bersemuka, tapi dia (bekas isteri) pun tak nak berjumpa. Kalau ikutkan reaksi dia dengan tidak menghiraukan segala surat peguam, saya berpandangan dia tidak mahu berdamai," katanya kepada mStar. Chot memberitahu sebelum ini ada menghantar tuntutan permohonan maaf serta ganti rugi fitnah terhadap bekas isterinya itu yang didakwa telah mencemarkan nama baiknya di media sosial. Dalam pada itu, Chot minta bekas isterinya itu berhenti bersikap seolah-olah mangsa keadaan kerana tegasnya mereka berdua mempunyai kesilapan masing-masing sehingga rumah tangga dibina berakhir dengan penceraian.
Chot juga memberitahu, tuduhan Azzah atau dikenali sebagai Jaja yang mengatakan dia enggan bersemuka dengan keluarganya untuk memohon maaf tidak benar. "Saya bukan mahu menegakkan benang yang basah. Saya pun dah mengaku kesalahan saya. Kita masing-masing pun sebenarnya ada buat salah. "Dia nak suruh saya meminta maaf kepada keluarganya. Dulu bukan saya tak ada datang nak minta maaf tapi dia juga yang halang untuk saya beritahu keluarga tentang perihal rumah tangga kami," jelasnya.
|
orkid_amani replied at 10-2-2023 12:49 PM
Jandakan bini utk jaga janda ank3..xdak beban Batu digalas..
Oroi8887: Lol janda anak 3 yg dikejarnya
anilanil replied at 10-2-2023 02:50 PM
Nafkah mutaah, nafkah anak & harta sepencarian da settle blom? Kalo blom settle, percepatkan. Kalo s ...
Themilo replied at 10-2-2023 11:18 AM
sheols ni sekelas dengan adik weols zaman sekolah. adik weols kata, abangnyahh pun ada sebaya weols, ...
ADVERTISEMENT