CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3284|Reply: 26

"Dia Nak Apa?"- Chot Buntu Dengan Bekas Isteri, Nak Bersemuka Kena Block Pula

[Copy link]
Post time 10-2-2023 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Walaupun dah cerai, Chot tetap mahu bersemuka dengan bekas isteri, Siti Zafirulah Azzah bagi menyelesaikan kemelut berbangkit di antara mereka.


Namun katanya, Azzah enggan memberi kerjasama malah sudah menyekat semua bentuk komunikasi termasuk di platform media sosial meskipun sudah menggunakan kaedah undang-undang bagi mencari pendamaian.


Foto: IG




"Kalau boleh saya nak kami bersemuka, tapi dia (bekas isteri) pun tak nak berjumpa. Kalau ikutkan reaksi dia dengan tidak menghiraukan segala surat peguam, saya berpandangan dia tidak mahu berdamai," katanya kepada mStar.


Chot memberitahu sebelum ini ada menghantar tuntutan permohonan maaf serta ganti rugi fitnah terhadap bekas isterinya itu yang didakwa telah mencemarkan nama baiknya di media sosial.


Dalam pada itu, Chot minta bekas isterinya itu berhenti bersikap seolah-olah mangsa keadaan kerana tegasnya mereka berdua mempunyai kesilapan masing-masing sehingga rumah tangga dibina berakhir dengan penceraian.










Chot juga memberitahu, tuduhan Azzah atau dikenali sebagai Jaja yang mengatakan dia enggan bersemuka dengan keluarganya untuk memohon maaf tidak benar.


"Saya bukan mahu menegakkan benang yang basah. Saya pun dah mengaku kesalahan saya. Kita masing-masing pun sebenarnya ada buat salah.


"Dia nak suruh saya meminta maaf kepada keluarganya. Dulu bukan saya tak ada datang nak minta maaf tapi dia juga yang halang untuk saya beritahu keluarga tentang perihal rumah tangga kami," jelasnya.




  



Sementara itu, Chot memberitahu dia sendiri buntu tentang apa sebenarnya yang dimahukan oleh bekas isteri daripadanya.


"Saya tidak tahu hala tujunya nak ke mana. Dia nak apa? Kalau kata nak bermaafan dulu kita dah cuba tapi dia sendiri yang halang.


"Dia pun pernah buat keluarga saya terguris, jadi dia pun kena datang untuk meminta maaf kepada keluarga saya," katanya.




  



Terdahulu, Azzah mendedahkan penyampai radio itu sudah mendirikan rumah tangga dengan kakak penyanyi Syura Badron iaitu Zurina Badron selain memberi bayangan perkahwinan mereka berakhir gara-gara orang ketiga.


Untuk rekod, Chot dan Azzah mendirikan rumah tangga pada 18 Julai 2017 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Sher Hayyaz yang kini berusia empat tahun.


Pada 23 Januari lalu, Chot mendirikan rumah tangga dengan Zurina yang berstatus janda anak tiga. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
whoryusssss
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 11:05 AM | Show all posts
bg duit la... diam la... yg tu pun x reti
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh keje DJ gak rupanya, cemana lak dia bleh kenal Zurina binti Badron tu ye?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 11:18 AM | Show all posts
sheols ni sekelas dengan adik weols zaman sekolah. adik weols kata, abangnyahh pun ada sebaya weols, tapi weols tak berapa ingat sapa abangnyahhh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sape ni?? rempit vibes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2023 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati dah tersakiti kot.. nak tgk muka pun x mampu dah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jandakan bini utk jaga janda ank3..xdak beban Batu digalas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol janda anak 3 yg dikejarnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 01:25 PM | Show all posts
dah tu.... biar je la ex tu meroyan sorang2....
fokus dkt family baru je dah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan 2 org ke anaknya? Sorang meninggal? Nampak aritu dlm IG ex
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 01:58 PM | Show all posts
orkid_amani replied at 10-2-2023 12:49 PM
Jandakan bini utk jaga janda ank3..xdak beban Batu digalas..

takde penyakit cari penyakit ...
tanggungjawab sedia ada pun tak mampu digalas
lagi ditambah tanggungjawab buy 1 free 3 !!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Oroi8887: Lol janda anak 3 yg dikejarnya

Belum rasa,memang terkejar2..dah rasa,baru menyesal.takder la sehebat imaginasi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nafkah mutaah, nafkah anak & harta sepencarian da settle blom? Kalo blom settle, percepatkan. Kalo semua da settle ko bye felicia je la, bukan ada ikatan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 03:51 PM | Show all posts
who rrr yussss chot chet?

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni pulak
Musim memblock wassap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 10-2-2023 02:50 PM
Nafkah mutaah, nafkah anak & harta sepencarian da settle blom? Kalo blom settle, percepatkan. Kalo s ...

Dah tu anak yg seketul tu takkan tak bagi nafkah kot, nanti dah besar jangan pulak claim ada anak lelaki kalau setakat bertindak sebagai penyumbang benih saja......
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 05:32 PM | Show all posts
Themilo replied at 10-2-2023 11:18 AM
sheols ni sekelas dengan adik weols zaman sekolah. adik weols kata, abangnyahh pun ada sebaya weols, ...

sekolah rendah sekolah menengah?
hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita sama2 buat salah.. biasa keluar dari mulut seorang somi dayus.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar la ex meroyan.. mmg ptt die meroyan bila ko curang.. klu die buat gerakan viral kn kes ko ni.. silap2 ko blh kne buang keje yea mcm kes syuk tu.. ni mujur la ko x berapa nk famous.. so baik ddk diam2 je jgn respon kt media..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.056504 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list