CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mulai Hari Ni, Pelakon Lelaki Atau Perempuan Dalam Set Aku Kena Sign Contract Takkan Bercinta Kat Set! Stress Aku" - Michael Ang

10-2-2023 09:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3742| Komen: 26



Pengarah drama terkenal, Michael Ang atau nama sebenarnya Michael Ang Hai Swee, 46, meluahkan perasaan berhubung isu segelintir selebriti terpalit dengan spekulasi hangat iaitu ‘sondol’ dan ‘bercinta di lokasi’ set penggambaran. 

Dalam satu posting di Instagramnya, Michael berkata, barisan pelakon lelaki atau perempuan perlu menandatangani kontrak untuk tidak bercinta di set penggambaran.


Jelas Michael, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan situasi tidak diingini seperti kes artis bercinta atau memasang niat mahu berlaku curang dengan pasangan sedia ada di set penggambarannya.

“Baiklah, mulai hari ini, sesiapa pelakon lelaki atau perempuan dalam set penggambaran aku perlu menandatangani kontrak tidak akan bercinta di set!” ujarnya


Menurut Michael, keputusan itu juga dibuat berikutan sudah penat melayan media yang tidak henti-henti menelefonnya yang meminta untuk memberikan kenyataan.


“Stres aku nak melayan reporter tercall-call! Lepas tu cakap nak buat marketing la apa la.
“Yang bercinta, berskandal tu mereka (artis) bukan aku! Stres aku, shut down sajalah hari ini!” tegas Michael.

Tegasnya lagi, pihak produksi hanya menawarkan kerja untuk menjayakan sesuatu drama atau filem, bukannya bercinta sehingga membuatkan orang lain di set penggambaran terpalit sekali dengan kontroversi yang dilakukan.

“Suruh berlakon bukan bercinta. Bukan salah aku kalau pelakon bercinta kat set aku. Aku ajar berlakon bukan suruh buat betul-betul,” tulisnya.


Menjengah ruangan komen, hantaran itu mendapat pelbagai reaksi termasuk dari rakan-rakan artis yang pernah terpalit dengan kontroversi bercinta di set penggambaran sehingga ke jinjang pelamin.


Antaranya adalah pelakon Amar Baharin yang melangsungkan perkahwinan dengan aktres jelita, Amyra Rosli dan Nad Zainal yang baru berkahwin dengan Ungku Ismail.

Bagus juga kalau buat macam ini. Tapi kalau dah terjatuh cinta, tak bercinta di set penggambaran pun tetap boleh bercinta diluar set kan? - CARI




 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dio5774 10-2-2023 03:13 AM
Laju amar ngn nad reply..makan cili kekdahnya

Quote KelisaOren 10-2-2023 04:50 AM
Kalau masing2 single apa salahnya
Quote Suchi 10-2-2023 06:51 AM
Takde masalah kalau dedua single bkn ke set ko lah yg byk hasilkan pasangan cinlok?
Sampai ke jinjang pelamin lak tu.

Tak ok bila cinlok sampai punah ranah umahtangga mcm brek pit dan si jolie tu.
Pastu ada plak fan yg menyokong, maka menjadik laa
Quote Suchi 10-2-2023 06:55 AM
Edited by Suchi at 10-2-2023 06:57 AM

Tp iols setuju je pasal contract tu sbb kalau menda tu boleh menjejaskan kelancaran drama ke apa better laa buat camtu.

Lagi satu korang ni yg pengarah isley sudah2la buat drama ada babak intim melekap melentok sana sini.Jelas2 soft porn tau tak, dah mcm fetish lak tak sah takde babak intim tu nk juga selit.

Quote kitmal 10-2-2023 07:02 AM
saja nak upkan diri dan drama yang entah apa apa
Quote Labubabibu 10-2-2023 07:15 AM
Bercinta kat set tu tak salah kalau ko bukan laki or bini org jerrr..
Quote DeLuna85 10-2-2023 07:21 AM
Sedangkan angelina jolie dan brad pit pun cinta lokasi kan.
Quote sayurmayur88 10-2-2023 07:49 AM
hehehehe, kena masukkan terms ni sekali kot ;

"NO AKTIVITI MENYONDOL & MENYUNDAL DI SET"

gtewww
Quote tulip-rain 10-2-2023 08:02 AM
Tiber saje nak mencapub.
Lebih elok banned retis2 yang suka cipta kontroversi demi nak nama disebut2 sehingga mendatangkan masalah pada orang lain/production. Jgn bagi dia job. Laki bini tu kan suka buat mcm tu.
Quote Rogue98 10-2-2023 08:05 AM
Kerja mana2 pun boleh bercinta.
Mcm special sangat drama dia.
Quote diss69 10-2-2023 08:18 AM
Xpyh laa buat drama cintan cintun..dia org menghayati watak smpai terbawak² ke luar set...
Quote Prickford 10-2-2023 08:19 AM
Dulu Metrowealth ke yg ada contract tak boleh kawin ke apa tah. Yg kes Aeril Zafril & Wawa tu. Tak igt la. Tak boleh bercinta sesama agensi ke atau takleh kawin selagi dalam contract.
Quote akuHavocczz 10-2-2023 08:40 AM
tak payah lah amek alip aziz tu... menyusahkan semua orang je. yang takde kena mengena pun terpalit sekali. Padahal masalah dia, masalah bini si alip tu
Quote iolss 10-2-2023 09:19 AM
kerana alip n bella laki bini, abis yg lain terpalit sama...
Quote adeqbun 10-2-2023 09:23 AM
akuHavocczz replied at 10-2-2023 08:40 AM
tak payah lah amek alip aziz tu... menyusahkan semua orang je. yang takde kena mengena pun terpalit  ...

yelah..org lain bercinta ke x bercinta tu xde mslh pon..si alip ni je problem..
dlu cite TLu kemain org mengshipkan UI dan elizad serasi sgt2..padahal elizad dh nak kawen time tu..elok je professional..
SRK ngan kajol lg la tergesel2 tercium2 terpeluk2..smpi skang bff..
pokok pangkal tuan bdn..
so skang mslhnye si alip..bella lak meroyan xleh setel sendiri..
Quote missHaidiD 10-2-2023 09:44 AM
Takde sapa ke buka benang jah menayang hadiah dr setat
. So thn ni takde la lamb chop dr kedai shoplot kan
Quote missHaidiD 10-2-2023 09:46 AM
tulip-rain replied at 10-2-2023 08:02 AM
Tiber saje nak mencapub.
Lebih elok banned retis2 yang suka cipta kontroversi demi nak nama disebut ...

Kan..ni aku setuju. Kalau bole blacklist je alip tu
Quote sr10 10-2-2023 11:30 AM
missHaidiD replied at 10-2-2023 09:44 AM
Takde sapa ke buka benang jah menayang hadiah dr setat
. So thn ni takde la lamb chop dr kedai shopl ...

Tak payah la. Semak. Baik buka benang jom teka meneka korek info film terbaru faz fattah tu
Quote gideoncross 10-2-2023 11:49 AM
Klau mmpu, brmadu jelah, sng.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.063785 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top