CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas DJ Radio, Khairy Jamaluddin Nak Jadi Ahli Muzik Pula

9-2-2023 06:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1638| Komen: 9

Selepas menjadi penyampai radio (DJ) Hot FM, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau mesra dipanggil KJ, 47, nampaknya turut berminat menceburi bidang muzik.

Terbaru, beliau berkongsi satu gambar sedang 'jamming' dalam studio muzik dengan memegang gitar bersama beberapa pemain muzik lain.




Menerusi kapsyennya, KJ tetap menulis 'what's next?' (apa perancangan seterusnya) dengan emoji ketawa terbahak.

Meskipun begitu, aksinya dalam gambar itu seakan memberi bayangan cukup serius meneruskan hobi berkenaan.

Untuk rekod, KJ agak aktif dan kerap bermain gitar termasuk mengiringi persembahan anak-anaknya.



Bahkan, kemahirannya dalam bidang itu dikagumi ramai dan sentiasa menjadi perhatian.

Terdahulu, beliau memaklumkan akan mulakan tugas sebagai penyampai Bekpes Hot di Hot FM bermula 15 Februari ini.

Sambil berseloroh, beliau bersetuju menerima tawaran itu kerana tiada pekerjaan buat masa ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran berharap pembabitan KJ bakal memberikan impak lebih baik kepada Hot FM sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), KJ tewas di parlimen Sungai Buloh dan disusuli dengan beritanya dipecat dari parti Barisan Nasional (BN) kira-kira dua minggu lalu.

Beliau yang tidak lagi mempunyai sebarang jawatan dari peringkat negara ataupun parti itu sempat berseloroh bahawa dirinya tidak mempunyai pekerjaan dan hanya menggalas jawatan Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 9-2-2023 06:46 PM
Astaga..  Bila nak abih gile glamer ni chorr??
Quote _blackbird 9-2-2023 06:49 PM
harap suara kj tak seburuk suara ratu farah. level alip syukri ku boleh terima lagi
Quote prince_marhaen 9-2-2023 07:37 PM
dah biasa dapat kerja semua based on political appointment, dah tak reti la tu cari kerja tetap...terpaksa lah kekonon jadi DJ lah, musician lah...acah-acah la gunakan bakat yang ada..tapi nak platform yang popular jugak...sebab dia jenis suka fame, suka orang puja memuja dia..
Quote Nizleen86 9-2-2023 11:26 PM
Kj mmg dari dulu suka spotlight. Mmg too obvious tang tu. Dia pandai cari ruang utk naikkan diri dia. Hopefully dia dpt bwk konsep baru utk stesen radio melayu yg byknya ambik pelawak..buat lawak hmmmmm lepastu ketawa sendiri. Mintak KJ tak steep that low terikut pulak. Yela dia pun edukesyen bukan sebaris. Dari nampak bijak terus selevel syuk dan seangkatannya. Mesti sapu habis rating hotfm start minggu depan ni.
Quote Carcosa 10-2-2023 12:27 AM
Tah hapa2 lah dia ni. Suka nau dgn limelight.
Sukalah tu, org fokus2 ke dia. Lantok ko lah. Bukannya hensem pun dia ni.
Quote mojarean_X 10-2-2023 01:56 AM
Semoga ada politician muda dan herlokk giler muncul di persada politik negara
Quote rosedemon 10-2-2023 08:28 AM
sukati ko la kj watevahh
Quote SedihPedih 10-2-2023 08:44 AM
ni sebab takut org lupa kewujudan ke?
Quote Simunggu 10-2-2023 08:46 AM
jadi pelakon tu...bawa watak PM

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.249145 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top