Seorang suami yang selama ini‘family man’ berubah menjadi dingin dan panas baran disebabkan kehadiran orang ketiga. Kisah yang dikongsikan peguam Syarie iaitu Nor Asyiqin ini menyaksikan seorang suami dan bapa yang sering meluangkan masa dengan bercuti bersama keluarga berubah dalam sekelip mata dan menjadi seorang yang sangat sibuk dan selalu out station.
"Akhirnya semua terbukti apabila isteri muncul ketika si suami sedang berdating dengan si skandal. Si skandal bermati-matian menafikan sedang jalin hubungan dengan suami manakala si suami sudah tidak mampu menipu kerana kebenaran telah dirakam oleh isteri. Masih sayangkan rumah tangga, si isteri masih memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah namun usahanya sia-sia apabila si suami akhirnya nekad memfailkan perceraian. "Ketika dalam tempoh iddah, si suami telah pun berkahwin dengan wanita tersebut. Dan sebaik sahaja mereka berkahwin, si skandal yang kini telah menjadi isteri terus menghantar whatsapp memaki hamun si isteri yang kini telah bergelar bekas isteri. Rasa puas kerana dapat memiliki lelaki tersebut di samping menggelar si bekas isteri “Sundal”."
Si isteri mendakwa dia mengetahui suaminya berlaku curang selepas wanita terbabit menghubunginya dan mendedahkan perkara sebenar mengenai hubungan mereka. "Hasil risikan dari rakan-rakan lelaki wanita itu juga, mereka menyatakan ramai lelaki bujang ingin cuba mendekati wanita tersebut namun semua ditolaknya dan mereka tidak sama sekali menyangka wanita tersebut menjalinkan hubungan dengan suami orang." -CARI |
DARSITA replied at 10-2-2023 03:08 AM
Masih sayangkan rumah tangga
DeLuna85 replied at 10-2-2023 03:05 AM
Seronok kot bercinta dengan suami org. Rasa menang bila dapat rampas hak orang
she replied at 10-2-2023 03:22 AM
Kenapa story ni macam kisah seorang pegawai gomen Putrajaya je
Lakinya curang dengan kolig
Sekarang ...
nurshima replied at 10-2-2023 12:22 PM
Perempuan zaman skrg cerdik-cerdik belaka, mencari suami pun cari yang berpengalaman, value lebih ti ...
gideoncross replied at 10-2-2023 11:40 AM
Korg brmadu jelah, lgi sng, x yah nak gaduh2 lgi.
pocongkiutss replied at 10-2-2023 12:32 PM
Yg dh kena cerai tu jadi yg no 2 pulak
Mau merempan si penyondol yg fefeeling terpaling tu ...
ADVERTISEMENT