CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Settle Tepi Kalau Terlibat Dalam Kemalangan, Bahaya!

9-2-2023 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2411| Komen: 15

Jangan mengamalkan ‘settle tepi’ jika anda terlibat dalam kemalangan, kelak ia boleh memakan diri sekiranya gagal untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Itu nasihat seorang peguam bela dan peguamcara dikenali sebagai Lawyer Ghandhi menerusi penjelasan pada akaun TikTok.


Ujarnya, tindakan ‘settle tepi’ selepas berlaku kemalangan serta tidak membuat laporan polis boleh mengundang risiko bahaya kepada diri sendiri.



“Boleh makan diri lebih-lebih lagi jika pihak terlibat tidak mahu bayar, melarikan diri atau membuat laporan polis tanpa pengetahuan anda.

“Selain itu, pihak insurans juga akan menolak tuntutan kalau tiada laporan polis. Lebih parah, pihak insurans tidak akan bela anda jika pihak ketiga mengambil tindakan mahkamah,” katanya menerusi penjelasan video tersebut.


Justeru, laporan polis harus dibuat segera atau dalam tempoh 24 jam selepas terlibat kemalangan.

“Penalti seperti denda atau penjara boleh dikenakan jika anda gagal membuat laporan polis,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 9-2-2023 05:30 PM
Terima kasih lawyer.
Handsome adik lawyer ni.
Suka budak2 pandai cm ni.
Quote batmana 9-2-2023 06:44 PM
korg bawak kete pakai dashboard kamera la

kalau takde dashboard kamera, pakaila tepon lama korang setup guna apps dvr yg free tu, jadi dash cam, bukan susah sgt pun

kalau lagi bagus letak depan belakang

senang nk setel kt balai

pengalaman kene eksiden, serah dvr kt polis, esok terus polis keluar saman pada yg langgar aku, terus setel keputusan siasatan
bole terus proceed claim insuran

lain pula klu takde rekod, amikla masa 7-14 hari berkerja utk proses salah siapa, keputusan siasatan bagai.
Quote stingerpressor 9-2-2023 07:06 PM
Edited by stingerpressor at 9-2-2023 07:07 PM

Sebarang kemalangan yg tidak melibatkheun nyawa,harta awam(road dividers/pokok dipersisiran jln,lampu tiang traffik) atau kecederaan tidak perlu membuat lsporan polis...sekadar for record purposes , perhaps,  ianya harus diselesaikheun secara mutual atau getting the insurance companies to do the claim....
Quote stingerpressor 9-2-2023 07:09 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 9-2-2023 05:30 PM
Terima kasih lawyer.
Handsome adik lawyer ni.
Suka budak2 pandai cm ni.

Tonek tebal ni

Kahkahkahkahkah
Quote Nt-ViruS 9-2-2023 07:26 PM
Betul. aku dulu waktu study langar belakang Honda CRV. aku cakap la aku silap nanti aku bayar ganti walhal tak ada kemek pun (terlangar slow waktu nak keluar simpang). Sampai la ni tak bayar. haha
Quote kepingbewok 9-2-2023 08:07 PM
aku accident dgn motor.dorg nak settle tepi sbb kalau claim insurance ambil masa dpt duit.aku ckp tak nak.apa2 hal sy nk buat report polis.skli tgk dashcam,motor tu yg salah..lagi la aku tak rasa nk settle tepi.apa kejadahnya aku nk byr kalau dah bukan salah aku.tp yg sialnya kalau accident dgn motor,walaupun ko tak salah tp dia boleh claim insurance ko on body injury.pegi mampos lah..dia claim insurance pun kena byr lawyer lagi.
Quote Lagubestbest 9-2-2023 08:27 PM
Edited by Lagubestbest at 9-2-2023 08:32 PM

A'a penah setel tepi. Kita salah dok tepi jalan takleh parking, budak tu pulak moto keluar simpang menonong tak slow takde lesen bagai. Boom! terbang wehh, kesian budak tu. Memula okay dah tapi kemudian banyak cerita, banyak pihak belah sana tak puas hati, abangya hadir dua tiga kali buat cubaan demand macam2 end up call bengkel cancel repair, g balai buat report claim insurans je senang.
Quote rosedemon 10-2-2023 08:24 AM
itu pon xtau? bengap
Quote sarahmirza 10-2-2023 09:21 AM
Kawan pernah nak try settle tepi.
Dia salah langgar belakang bezza..
Dia offer bayar rm300 tp owner bezza bawa kereta pergi perodua, mekanik cakap ribu2 sbb nak kena tukar semua belakang tu termasuk la lampu segala....
Langgar tu kat roundabout, mestilah bukan waktu tengah laju..
Hujung2 my friend cakap owner bezza report polis & claim insurans dia..
Owner bezza beriya2 tak nak, rasanya takut kantoi pakat dgn mekanik perodua cubaan nak pow ribu2 tu...
Masuk report polis biar insurans je settle kan.
Quote Prickford 10-2-2023 09:28 AM
batmana replied at 9-2-2023 10:44 AM
korg bawak kete pakai dashboard kamera la

kalau takde dashboard kamera, pakaila tepon lama korang s ...

Iolls aritu kena langgar dek orang yg tak fokus memandu, tah apa mamai mengantok ke apa tah. Kereta iolls plak takde dash cam. Benda senang, pegi balai buat report walaupon yg langgar iolls tu nak setel tepi. Nanti dah buat report, polis bahagian trafik akan buat siasatan amik gambar kerata rosak, lukis rajah, check CCTV (kena langgar kat KL, so bnyk CCTV DBKL). Dalam masa 3 hari je keluar result iolls tak salah, polis keluarkan saman kepada yg langgar iolls tu & iolls boleh claim insuran yg langgar. Setel masalah. Tapi in-future mmg nak setup dash cam kot belanggar kt tmpt yg takde CCTV atau langgar lari. Mintak dijauhkan la.

Quote msdummy.2018 10-2-2023 10:04 AM
batmana replied at 9-2-2023 06:44 PM
korg bawak kete pakai dashboard kamera la

kalau takde dashboard kamera, pakaila tepon lama korang s ...

Dashboard tuh betul oenting..ikut onegalaman, org kat balai tuh blum tntu akan ckp yg langgar tuh bersalah..aku naik balai 3-4x sb nk settlekan benda njh. Dhlah kena byr extra sb nk report party lagi satu
Quote supernaturalee 10-2-2023 10:48 AM
Lily_Elizabeth_ replied at 9-2-2023 05:30 PM
Terima kasih lawyer.
Handsome adik lawyer ni.
Suka budak2 pandai cm ni.

nampak wangi kan



Quote tungkai 10-2-2023 11:23 AM
Aku pun pernah kena sondol kat hiway sebab dia menonong tukar lane time peak time. Dia ngaku salah time tu dan aku suruh buat report polis. Aku ingat dia buat report tapi dia buat bodo siap beli insurans baru lagi. Call/Whatsapp semua tak boleh sebab dia block. Buat report polis konon2 boleh claim insurans kereta yg menyondol tu. At the end guna insurans sendiri plak. Koyak NCD aku..Haduiiii...
Quote felinecat 10-2-2023 11:31 AM
Masalahnye bila polis yg suruh tarik repot. Bengang pulak. Baik dgr cakap lawyer
Quote Lily_Elizabeth_ 10-2-2023 02:59 PM
supernaturalee replied at 10-2-2023 10:48 AM
nampak wangi kan

Iya betui tui. I mmg adore budak lelaki pandai. Susah nak cari.
Ramai yang so so an aje.

Eh eh lawanya this girl. Cam Siamese girl.
Siapa tu. Lawa bangs dia. Muka kurus tipis lawa.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.492036 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top