CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Terjatuh Di Bumbung Rumah Flat

9-2-2023 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 843| Komen: 3

PETALING JAYA – Seorang wanita berusia 58 tahun terjatuh di bumbung rumah sebuah flat di Taman Setapak Indah Jaya, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun mangsa berjaya diselamatkan pihak bomba, pagi tadi.


Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Rozaidi Mat Isa, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.04 pagi dan seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.


Foto: Kosmo

Ujarnya, seramai lapan kekuatan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Setapak bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di kawasan terbabit, terdapat seorang mangsa terjatuh di bumbung tingkat empat dari rumahnya di tingkat lima.

“Punca terjatuh adalah akibat masalah kesihatan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Tambahnya, pada pukul 10.36 pagi, anggota Bomba berjaya menaikkan mangsa dan memberikan rawatan awal.

Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.59 pagi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 9-2-2023 03:55 PM
Acik nak Kait baju terjatuh ka
Quote rosedemon 10-2-2023 08:24 AM
ko knp jatuh2 gitu
Quote sangbara2020 10-2-2023 09:47 AM
nasib teda apa2

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.081725 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top