CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

King Myvi Hempap Kancil

9-2-2023 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1300| Komen: 15

SEREMBAN – Sebuah kereta Perodua Myvi menghempap sebuah kereta jenis Perodua Kancil dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Seremban-Tampin sebelum lampu isyarat Taman Bukit Emas di sini hari ini.


Terdahulu tular di media sosial gambar kemalangan tersebut memaparkan kereta Perodua Myvi berwarna biru menghempap bahagian atas kereta Perodua Kancil.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kemalangan pada pukul 9.50 pagi itu melibatkan sebuah lori dan tiga buah kereta iaitu Perodua Myvi, Proton Kancil dan Toyota Estima.


Foto: kosmo

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori jenis Hino tanpa muatan yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 60 tahun sedang bergerak dari arah Senawang Light Industri menuju ke arah bandar Seremban.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu oleh mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah kereta Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun dari arah yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Nanda berkata, akibat pelanggaran itu, kereta Perodua Kancil yang dilanggar telah menggelungsur ke hadapan lalu melanggar bahagian belakang sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 33 tahun dan sebuah kereta Toyota Estima dipandu seorang lelaki berusia 61 tahun yang ketika itu berada dihadapannya.

“Bagaimanapun, dalam kemalangan ini tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaaan.

“Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 9-2-2023 04:19 PM
Iols baca kat fb ramai kecam
Rupanya myvi tu adalah mangsa  .kesian dia  
Quote noor2 9-2-2023 04:28 PM
shernazz replied at 9-2-2023 04:19 PM
Iols baca kat fb ramai kecam
Rupanya myvi tu adalah mangsa  .kesian dia

Ooo ye ke...bodo punya driver kancil....done kecam
Quote ellZack 9-2-2023 04:32 PM
Edited by ellZack at 9-2-2023 04:34 PM

Kuat juga Kancil rempuh sampai terangkat Myvi. Mungkin gap Myvi dengan Toyota tak besar kot. Tak mampu nak tolak Toyota ke depan, dia terangkat.

Tapi belakang Kancil nampak untouched pula walau kena langgar dengan lori.

Lori - Kancil - Myvi - Toyota
Quote Radzor 9-2-2023 04:32 PM
Proton kancil pun bole
Laa
Quote CiliPadiSedap 9-2-2023 04:38 PM
ellZack:    Edited by ellZack at 9-2-2023 04:34 PM  Kuat juga Kancil rempuh sampai terangkat Myvi. Mungkin gap Myvi dengan Toyota tak besar kot. Tak mampu nak t ...


dah remuk dh tu belakang frame bonet belakang ternaik tu. cuma bernasib baik impak kena sondol sampai ke  depan. cuba kalau kancil brake je? jadi sardin.

lori2 ni ada brake angin ada brake tayar. biasa brake tayar dh panas xcengkam. sebab tu guna brake angin dulu sebelum brake tayar. harap puspakom spad jpj traffik buat operasi ke atas kenderaan lori

Quote Leonclay 9-2-2023 04:51 PM
Lori yg salah, kereta lain yg kena hencap.
Quote _blackbird 9-2-2023 05:15 PM
myvi dipitenoh?
Quote shernazz 9-2-2023 05:16 PM
noor2 replied at 9-2-2023 04:28 PM
Ooo ye ke...bodo punya driver kancil....done kecam

Hahahap
Lori hino tu langgar la kakka...
Dia langgar kancil pastu kancil tu rempuh myvi...tu yang jongket tu
Quote Jitu 9-2-2023 05:34 PM
CiliPadiSedap replied at 9-2-2023 04:38 PM
dah remuk dh tu belakang frame bonet belakang ternaik tu. cuma bernasib baik impak kena sondol sam ...

errr first time baca ada brake angin, brake tayar
setahu sy brake angin berfungsi dgn cara compressor mampatkan angin seterusnya angin td masuk dlm tangki simpanan udara
apabila fungsi brake diperlukan ketika pedal brake dipijak baru lah angin dari reservoir td pergi ke bahagian drum di tayar utk brake tayar
Quote mejaputih 9-2-2023 05:48 PM
sian kete2 perodua...selalu dikecam walaupun tak bersalah..
Quote noor2 9-2-2023 06:01 PM
shernazz replied at 9-2-2023 05:16 PM
Hahahap
Lori hino tu langgar la kakka...
Dia langgar kancil pastu kancil tu rempuh myvi...tu yang  ...

Oh ..hehe...bodo punya driver lori
Quote shernazz 9-2-2023 06:26 PM
noor2 replied at 9-2-2023 06:01 PM
Oh ..hehe...bodo punya driver lori

Hahah
Bertubi2 semua kena hencap
Quote she 9-2-2023 06:36 PM
noor2 replied at 9-2-2023 04:28 PM
Ooo ye ke...bodo punya driver kancil....done kecam

Nooorrrrrrrrrr
Bukannnnn kancil tu salahhh

Hino tu yang sauk belakang kancil
Pastu kancil tertomoih ke depan masuk bawah Myvi
Quote rosedemon 10-2-2023 08:24 AM
pape lah ko
Quote Samerosie 10-2-2023 08:48 AM
At the end estima tu nak klem insurance sapa?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.162156 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top