CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Keluar Duit KWSP, Sekejap Lagi Pencen Nak Jadi Apa?"-Anwar Ibrahim

9-2-2023 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5510| Komen: 90

KUALA SELANGOR – Kerajaan tetap berpendirian mencari jalan lain bagi membantu rakyat disebalik desakan pelbagai pihak berhubung pengeluaran khas sekali lagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah memperjelaskan sebelum ini mengenai nasib dan masa depan pencarum KWSP khususnya yang telah mempunyai simpanan makin sedikit.


Foto: Kosmo

“Dulu kita diminta dikeluarkan, banyak dikeluarkan. Jadi yang tinggal RM10,000, RM5,000, yang hendak keluarkan itu kena fikir apa pilihan kita.

“Dia (pencarum) ada RM5,000 ada RM10,000 hendak keluar, pencen empat tahun lagi apa hendak jadi.

“Jadi, saya ingat liputan itu mesti adil, saya kalau ikut wang dia, biar dia keluar. Tetapi kalau tinggal RM5,000, keluar RM3,000 pencen lima tahun lagi, anak beranak semua, macam mana,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan syarahan sulung kerusi Siddiq Fadzil Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Universiti Selangor (Unisel), hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada pengeluaran khas KWSP ada dalam pertimbangan kerajaan dalam belanjawan 2023.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan memohon kerajaan membenarkan tuntutan pengeluaran simpanan KWSP antara RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘one-off’.

Pengeluaran khas KWSP telah dilakukan sebanyak tiga kali sebelum ini iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra bagi membantu rakyat mendepani kos sara hidup terutama ketika semasa dan selepas pandemik Covid-19.

Jelas Anwar, kerajaan perlu pertimbangkan masa depan pencarum dan berusaha mencari jalan bagi mengurangkan beban rakyat tanpa menimbulkan beban selepas persaraan nanti.

“Betul (ramai minta pengeluaran khas), tetapi kalau wang dia ada, kalau wang tidak ada. Ada RM5,000 tinggal RM3,000, jadi kalau dia pencen esok ada yang hendak pencen dua tahun tiga tahun lagi,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, beliau sekali lagi menegaskan keutamaan dalam Belanjawan 2023 nanti adalah adalah untuk tangani defisit, digital dan keterjaminan makanan, keselesaan rakyat dan masalah kos sara hidup.

“Yang lain, saya akan umumkan masa belanjawan,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Azharitubunga 9-2-2023 04:04 PM
Masa jadi pembangang dulu, asyik2 la mintak lulus keluarkan kwsp

Bila jadi pm.. aikks
Hancing lerr.
Quote LoveSungmin 9-2-2023 04:09 PM
so apa inisiatif kerajaan untuk bantu rakyat?
Quote ekselen 9-2-2023 04:17 PM
LoveSungmin replied at 9-2-2023 04:09 PM
so apa inisiatif kerajaan untuk bantu rakyat?

Dlm kajian lg kot....
Quote s@s@ 9-2-2023 04:18 PM
so apa langkah2 selain keluar kwsp tu?
turunkan caruman pekerja?
Quote orkid_amani 9-2-2023 04:20 PM
Aiiik tuhari bukan dah viral ka akn dipertimbangkan pengeluaran 10-30k sebelum raya kemain ramai yg excited
Quote prizadane 9-2-2023 04:23 PM
Halah halah… boleh la bagi bantuan pada yang memerlukan. Dah lama jadi pembangkang kan, mesti dah buat banyak research sebelum ni
Quote ezacbee 9-2-2023 04:31 PM
Pasni jadilah pembangkang balik baru reti buat keje...

Mana dia penyokong tegar manjang membisu.. hancing tak
Quote Kentot_Wangi 9-2-2023 07:06 PM
Ala... Kasi je kluar. Nk shopping raya ni.. HAHAHAHAHA...
Quote batmana 9-2-2023 07:19 PM
agak2 bape billion wang KWSP setakat ni?..
Quote zamzam 9-2-2023 07:26 PM
LoveSungmin replied at 9-2-2023 04:09 PM
so apa inisiatif kerajaan untuk bantu rakyat?

Formula lom siap. Sabar boleh tak?....haha
Quote zamzam 9-2-2023 07:27 PM
Nasib baik nuart tak kata nanti pencen nak mentakedarah apa?
Quote rogayahtop 9-2-2023 10:34 PM
[em:3:] concerned betul kak non dgn masa depan org. kalau dah dalam kwsp ada 5k, umur dah 50an, kalau tunggu 55 pun bukannya 5k tu jadi 10k pun. skrg ni 5k tu kalau beli emas pun lagi untung dr simpan dlm kwsampah.
Quote DeLuna85 10-2-2023 03:09 AM
Mcm tu bg la duit bantuan tiap bulan.
Quote bulalof 10-2-2023 07:23 AM
kasi keluar kwsp utk pencarum yg ada beratus ribu duit dlm tu oklah jugak.

tak pun, duit Perkeso tu, apa cerita?
Quote TomyamPuteh 10-2-2023 07:23 AM
Nk rolling ler tuh.
Quote rosedemon 10-2-2023 08:22 AM
bagi jela yg merempat masa tua pon diorg padan la muka
Quote Simunggu 10-2-2023 08:22 AM
jadi pak guard..
Quote adm7 10-2-2023 08:24 AM
Bagi la keluar kwsp please.
Janji ni yang last.
Ulang sampai kiamat

Quote asudau 10-2-2023 08:33 AM
turunkan la harga barang keperluan gitu...
sekarang ni rakyat terbeban sebab rata-rata barang keperluan naik harga

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.297778 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top