CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayu Damit Dah Jadi Jutawan Cili?

9-2-2023 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2890| Komen: 18

Ayu Damit tak mengaku dirinya dah jadi jutawan seperti dakwaan sesetengah pihak.

Enam tahun penyanyi ini mengusahakan ladang cili hingga mampu berdiri sebagai pembekal. 

Foto: Kosmo

Katanya sampai ke hari ini dia masih menggunakan wang simpanan hasil nyanyian bagi mendapatkan simpanan modal pusingan bagi memastikan perniagaan sampingan  berasaskan pertanian itu terus ‘hidup’.

“Apabila orang cakap saya sudah jutawan kerana bisnes cili ini, saya cuma dapat aminkan saja doa mereka kerana sumber pertanian berdepan pelbagai risiko termasuk penyakit dan faktor cuaca.

“Alhamdulilah, selepas berdepan projek penanaman kelapa dan nenas yang tidak menjadi hingga modal berjumlah puluhan ribu ringgit hangus, ladang cili yang saya bersama suami usahakan menjadi .

“Hakikatnya banyak keringat dan air mata tumpah sepanjang tempoh enam tahun ini, malah saya masih perlu giat mencari undangan pentas sebagai sandaran untuk disalurkan ke ladang ini andai diperlukan.


“Syukur semangat suami yang membuatkan kami tiba di peringkat sekarang, cuma untuk mengatakan pulangan sudah mencecah jutaan ringgit belum lagi ke tahap itu,” katanya usai sidang media Fieasta Citarasa Sambal yang bakal menyaksikannya membawa masuk cili Sabah pada acara tiga hari di KL Gateway Mall, Bangsar South, bermula 10 Mac depan.



Sementara itu selain cili dan beberapa tanaman lain termasuklah terung, timun dan tembikai, Ayu dan suaminya Syed Fauzi Syed Baharuddin, turut menunggu hasil durian di ladang seluas empat ekar yang diusahakan mereka di Hulu Langat.

Biarpun sibuk menguruskan perniagaan, bakat asal Sabah yang menyerlah selepas menjuarai One In a Million (OIAM) 15 tahun lalu mengakui, karier nyanyian tetap nombor satu.

Malah kemunculan single baharu, Kejam bulan lalu menjadi isyarat perjuangan ibu kepada tiga cahaya mata dalam arena seni tetap berterusan.

Mendedahkan ada dalam kalangan pendengar menyangka lagu berkisarkan kasih yang dipersia-siakan akibat kecurangan itu sengaja ditujukan kepada pasangan selebriti yang berdepan masalah sama ketika ini.

“Sebenarnya pembikinan lagu ciptaan Khairul Daniel, manakala lirik ditulis saya sendiri bersama Slen dan Jay mengambil masa dua tahun untuk disempurnakan dan kebetulan Kejam keluar ketika kontroversi sebegitu memanas.

“Kebetulan sahaja, kami tak tujukan perihal pasangan disakiti, bertepuk sebelah tangan dan kehancuran hati kepada sesiapa,” ulas penyanyi berusia 34 tahun itu lagi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 9-2-2023 03:14 PM
who is yuhhhh... maaf kak... si bainun gemuk tu lagi iols kenal dari hakak....
Quote telracs 9-2-2023 04:24 PM
Lawa warna kuning tu.
Quote jalfa 9-2-2023 04:25 PM
Mcm jihan baju kunin tu
Quote olaklempit 9-2-2023 04:27 PM
Cili mahal weiii itu pun dari Siam
Quote DeLuna85 10-2-2023 03:10 AM
Cili mahal. Tapi permintaan setiasa ada
Quote rayna_raynes 10-2-2023 03:54 AM
Cili antara pokok yg banyak untung kalau tanam. Tapiii antara pokok yang sangatlah fragile dan cerewet jugak
Quote rosedemon 10-2-2023 08:36 AM
sukati ko la dek
Quote vanillaninja 10-2-2023 10:02 AM
Menyanyi lagi rupanya Ayu ni. Bagus sheols pandai beringat, ber-business bagai.
Quote supernaturalee 10-2-2023 02:43 PM
hanya di mercu cili



Quote rayna_raynes 10-2-2023 03:25 PM
vanillaninja replied at 10-2-2023 10:02 AM
Menyanyi lagi rupanya Ayu ni. Bagus sheols pandai beringat, ber-business bagai.

Insya Allah takkan keluar berita mintak rumah PPR in the future

Quote sayawifenikmie 19-3-2023 07:21 PM
... cubalah approach KA, betty dll retis pengusaha sambal .....   atau lebih selesa tolak borong jer ?
Quote Buudak 19-3-2023 08:58 PM
Tahniah...bagus untuk masa depan
Quote asamfish 19-3-2023 08:58 PM
rayna_raynes replied at 10-2-2023 03:54 AM
Cili antara pokok yg banyak untung kalau tanam. Tapiii antara pokok yang sangatlah fragile dan cerew ...

ye...fragile..dan manja....mealybugs or white alphids ni mmg ancaman besar...

Quote n3ar 19-3-2023 10:27 PM
Aku dah berapa kali baca dengar nama minah ni...

Spe sebenarnya Ayu Damn It ni??
Quote silampumeja 19-3-2023 10:36 PM
rayna_raynes replied at 9-2-2023 07:54 PM
Cili antara pokok yg banyak untung kalau tanam. Tapiii antara pokok yang sangatlah fragile dan cerew ...

I tanam lwpas spm berbuah sekali ... Dpt hasil lepastu takde. Yillex .. hahaha memang rumit nk jaga
Quote belacan_gurl 19-3-2023 10:39 PM
Yup...bertanam sbnrnya dpt pulangan yg byk gak...kawan aku kena buang keja gomen...setahun dia ke hulur ke hilir cari keja...last2 buat tanaman cili dari kebun kecik.. lama2 besar dah kebun dia
Quote tikusmontok 19-3-2023 11:21 PM
Lembik2 tengkuk ella,  pun toke cili gak kan

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.035552 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top