View: 2108|Reply: 18
|
Ayu Damit Dah Jadi Jutawan Cili?
[Copy link]
|
|
Ayu Damit tak mengaku dirinya dah jadi jutawan seperti dakwaan sesetengah pihak.
Enam tahun penyanyi ini mengusahakan ladang cili hingga mampu berdiri sebagai pembekal.
 Foto: Kosmo
Katanya sampai ke hari ini dia masih menggunakan wang simpanan hasil nyanyian bagi mendapatkan simpanan modal pusingan bagi memastikan perniagaan sampingan berasaskan pertanian itu terus ‘hidup’.
“Apabila orang cakap saya sudah jutawan kerana bisnes cili ini, saya cuma dapat aminkan saja doa mereka kerana sumber pertanian berdepan pelbagai risiko termasuk penyakit dan faktor cuaca.
“Alhamdulilah, selepas berdepan projek penanaman kelapa dan nenas yang tidak menjadi hingga modal berjumlah puluhan ribu ringgit hangus, ladang cili yang saya bersama suami usahakan menjadi .
“Hakikatnya banyak keringat dan air mata tumpah sepanjang tempoh enam tahun ini, malah saya masih perlu giat mencari undangan pentas sebagai sandaran untuk disalurkan ke ladang ini andai diperlukan.
“Syukur semangat suami yang membuatkan kami tiba di peringkat sekarang, cuma untuk mengatakan pulangan sudah mencecah jutaan ringgit belum lagi ke tahap itu,” katanya usai sidang media Fieasta Citarasa Sambal yang bakal menyaksikannya membawa masuk cili Sabah pada acara tiga hari di KL Gateway Mall, Bangsar South, bermula 10 Mac depan.
Sementara itu selain cili dan beberapa tanaman lain termasuklah terung, timun dan tembikai, Ayu dan suaminya Syed Fauzi Syed Baharuddin, turut menunggu hasil durian di ladang seluas empat ekar yang diusahakan mereka di Hulu Langat.
Biarpun sibuk menguruskan perniagaan, bakat asal Sabah yang menyerlah selepas menjuarai One In a Million (OIAM) 15 tahun lalu mengakui, karier nyanyian tetap nombor satu.
Malah kemunculan single baharu, Kejam bulan lalu menjadi isyarat perjuangan ibu kepada tiga cahaya mata dalam arena seni tetap berterusan.
Mendedahkan ada dalam kalangan pendengar menyangka lagu berkisarkan kasih yang dipersia-siakan akibat kecurangan itu sengaja ditujukan kepada pasangan selebriti yang berdepan masalah sama ketika ini.
“Sebenarnya pembikinan lagu ciptaan Khairul Daniel, manakala lirik ditulis saya sendiri bersama Slen dan Jay mengambil masa dua tahun untuk disempurnakan dan kebetulan Kejam keluar ketika kontroversi sebegitu memanas.
“Kebetulan sahaja, kami tak tujukan perihal pasangan disakiti, bertepuk sebelah tangan dan kehancuran hati kepada sesiapa,” ulas penyanyi berusia 34 tahun itu lagi. – CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
who is yuhhhh... maaf kak... si bainun gemuk tu lagi iols kenal dari hakak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cili mahal weiii itu pun dari Siam |
|
|
|
|
|
|
|
Cili mahal. Tapi permintaan setiasa ada |
|
|
|
|
|
|
|
Cili antara pokok yg banyak untung kalau tanam. Tapiii antara pokok yang sangatlah fragile dan cerewet jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Menyanyi lagi rupanya Ayu ni. Bagus sheols pandai beringat, ber-business bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Insya Allah takkan keluar berita mintak rumah PPR in the future
|
|
|
|
|
|
|
|
... cubalah approach KA, betty dll retis pengusaha sambal ..... atau lebih selesa tolak borong jer ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah...bagus untuk masa depan |
|
|
|
|
|
|
|
ye...fragile..dan manja....mealybugs or white alphids ni mmg ancaman besar...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah berapa kali baca dengar nama minah ni...
Spe sebenarnya Ayu Damn It ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 9-2-2023 07:54 PM
Cili antara pokok yg banyak untung kalau tanam. Tapiii antara pokok yang sangatlah fragile dan cerew ...
I tanam lwpas spm berbuah sekali ... Dpt hasil lepastu takde. Yillex .. hahaha memang rumit nk jaga |
|
|
|
|
|
|
|
Yup...bertanam sbnrnya dpt pulangan yg byk gak...kawan aku kena buang keja gomen...setahun dia ke hulur ke hilir cari keja...last2 buat tanaman cili dari kebun kecik.. lama2 besar dah kebun dia |
|
|
|
|
|
|
|
Lembik2 tengkuk ella, pun toke cili gak kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|