CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Sewa Dah Macam Tapak Pelupusan, Pelik Macam Mana Penyewa Boleh Hidup Bergelumang Dengan Sampah

9-2-2023 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2867| Komen: 26

Rumah seorang lelaki yang disewakannya berubah sekelip mata seperti tempat pelupusan sampah.

Ruang tamu, bilik tidur, dapur sehingga ke bilik mandi dipenuhi dengan sampah sarap.

Sinki juga dipenuhi dengan kelengkapan mandi seperti syampu dan sabun yang tidak lagi digunakan.


Foto: via mStar

"Dugaan tahun 2023... kisah penyewa durjana, ambil iktibar la. Rumah aku bagi sewa dijadikan tempat sampah.

"Ada lagi manusia begini. Hangpa (anda) viral sat supaya tuan rumah yang menyewa alert sikit," tulisnya dalam video yang dimuat naik di media sosial.

Lelaki itu memberitahu dia pada mulanya mahu mendapatkan kunci rumah daripada penyewa, namun tidak dipedulikan.

"First minta kunci rumah kat penyewa, call kena block, WhatsApp tak balas.

"Tunggu satu bulan tak ada respons. Pergi balai polis buat report untuk masuk ke rumah," katanya.



Foto: via mStar

Namun dia tidak menyangka terdapat longgokan sampah di dalam rumah sewa miliknya yang dipercayai terletak di Pulau Pinang itu.

Keadaan rumah itu kelihatan seperti lama ditinggalkan.

Timbul tanda tanya mengapa terlalu banyak plastik yang berisi sampah dilonggokkan di dalam rumah.

"Hang ingat tempah sampah ke?" soalnya.

Foto: via mStar

Selain plastik sampah, turut dilihat dibuang merata-rata adalah kotak-kotak kadbod.

Di bilik mandi pula menyaksikan mangkuk tandas berdaki seperti tidak dicuci berbulan-bulan lamanya.

"Aku beli rumah bukan minta jadi macam ni. Bukan rumah lelong.

"Tengoklah weh, apa benda dia buat kat rumah aku," ujarnya lagi.

Dalam perkongsian tersebut, lelaki berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan identiti penyewa dan tindakannya selepas itu.

Namun di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan keadaan rumah yang dihuni penyewa tersebut.

"Macam mana dia boleh hidup dalam rumah macam ni? Spill muka penyewa tu bang!

"Apakah ini manusia yang menyewa? Tolong la.

"Boleh ke manusia hidup dalam keadaan macam ni?" demikian antara komen netizen.

Persoalan netizen itu kemudian dibalas pemilik rumah sewa berkenaan yang turut akur dengan keadaan tersebut.

"Boleh bang... dulu tak percaya. Sekarang percaya dah (tengok) depan mata,” katanya ringkas. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 9-2-2023 12:25 PM
Ak dh pernah kne jugak. Stress ak tgk. Ak menyewa pun xsekotor cmni dulu.
Quote Carcosa 9-2-2023 12:27 PM
Penyewa tu mmg buat tmpt buang sampah kot, utk jiran2
Sbb takkan semua tu dia punya? Cemana tido?
Quote supernaturalee 9-2-2023 12:31 PM
klu hoarder disorder tu barang2 tak elok, barang2 elok semua longgok bertimbun2
ni nmpk totally sampah mcm bekas2 makanan jek

ape masalah yg ni ye
Quote prettyuglybabe 9-2-2023 12:43 PM
kutip nak jual kot..

Quote vanillaninja 9-2-2023 01:01 PM
Serious la ada orang boleh hidup dalam keadaan kotor macam ni?
Quote d_anne04 9-2-2023 01:27 PM
adoi..sakit mata memandang..apa lagi owner

nak clearkan semua ni memerlukan banyak tenaga dan masa
Quote mejaputih 9-2-2023 01:29 PM
dedahkan je la detail penyewa tu..supaya lps ni dia dh susah nk menyewa...
Quote SayaSayangMama 9-2-2023 01:49 PM
penyewa dari neraka
Quote chikumanis 9-2-2023 01:57 PM
me is tak paham macamana manusia macam ni wujud kat atas bumi ni? seriusly diorang ni tak ada rasa jijik ke duduk kat tempat macam tu? tak rasa macam kat tapak kaki atau bontot macam ada ulat2 menyelinap? hadoii laaaa
Quote Burong_Hantuk 9-2-2023 02:38 PM
kotornya.....
Quote babelina 9-2-2023 02:41 PM
sapa la org nie.. sapa pula kwn2.. rakan sekerja nya.. jijik btl..
kwn aku kje gomen.. nk sewakn umah utk org gomen gak.. papehal senang katanya..
Quote dudaberhias 9-2-2023 04:06 PM
iols masih boleh senyum kalau rupa rumah di tinggalkan macam gambar atas tu sebab pernah kena lagi teruk hahahahahha.... dah serik hokkeh...

sekarang suruh agen je handle dan tapis habis habisan penyewa2 yang keje pedajal orang macamni...
Quote faraway1 9-2-2023 04:16 PM
pengsan my husband kalau dia tengok rumah tenant camni. Hahhaha

Dia jenis tak boleh tengok rumah tenant kotor sikit...
Quote KamikuP 9-2-2023 04:39 PM
Mungkin penyewa tu ada menatl illnes kot
Quote kitaserupaaa 9-2-2023 05:44 PM
Macam mana nak buat screening bakal2 penyewa antara yg ok & yg banyak problem? Aku baru berhasrat nk sewakan bilik kat rumah teres lepas mrt line putrajaya start operasi. Tapi seram pulak dgr kes2 penyewa bermasalah mcm ni
Quote renko 9-2-2023 05:49 PM
ini babi kandang
Quote Jitu 9-2-2023 05:52 PM
teruknya
aku dulu masa duduk menyewa bilik tengok bahagian ruang tamu agak kotor
terus aku kemas je
lepas tu yg penyewa pertama duduk terus beli tv letak kat ruang tamu nak lepak2
Quote faraway1 9-2-2023 06:24 PM
kitaserupaaa replied at 9-2-2023 04:44 AM
Macam mana nak buat screening bakal2 penyewa antara yg ok & yg banyak problem? Aku baru berhasrat nk ...

Kalau ada orang nak sewa, you kata bincang kat rumah dia, atau sain agreement kat rumah dia tu, so bolehlah you tengok jika rumah tu bersih atau cam kandang babi...
Jika bersih ok lah..
Quote pooh~key 9-2-2023 06:40 PM
Jitu replied at 9-2-2023 05:52 PM
teruknya
aku dulu masa duduk menyewa bilik tengok bahagian ruang tamu agak kotor
terus aku kemas j ...

Chuols kat rumah sewa dulu berlegar pakai boxer je tak sissy?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.052992 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top