Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mencuri masa bermain bersama cucu selepas waktu bekerja. Melalui hantaran video di akaun TikTok Anwar semalam, gelagat beliau bermain bersama cucunya di rumah mencuit hati ramai pengguna media sosial.
Dengan berlatar belakang lagu ‘Apek Lompat’ dari filem Ali Baba Bujang Lapok arahan P. Ramlee, dalam video berkenaan Anwar kelihatan bersahaja melayan kerenah cucu perempuannya bermain dengan kapsyen ‘tenang dengan cucu #balikkerja’. Rata-rata pengguna media sosial yang menonton video berkenaan mendoakan agar Anwar terus diberi kesihatan dan kesejahteraan yang baik sepanjang menjalankan tugas sebagai pemimpin negara.
“Moga keluarga DSAI sentiasa dirahmati Allah SWT dilindungi selalu. Jaga kesihatan dan keselamatan selalu PMX kesayangan,” kata edzlyabah. “Comelnya…main dengan cucu, semoga dikurniakan kesihatan baik berpanjangan, Amin,” ujar Alia. “Walaupun seharian kerja letih macam mana sekali pun masih boleh layan cucu, semoga diberikan kesihatan yang baik,” kata pemilik akaun Kechik. -CARI Sumber: Kosmo
|
Highflyer19 replied at 9-2-2023 11:45 AM
Ingatkan main dgn sapa...saspen gak tadi
pekanwoohoo replied at 9-2-2023 11:05 AM
Mesti tunjuk terpaling family man untuk memenangi hati rakyot Malaysia.
margo20 replied at 9-2-2023 11:04 AM
Skrip yg sama utk semua perdana menteri malaysia
Innrukia replied at 9-2-2023 11:44 AM
so apa affect to raykat yg majority struggle dgn inflation & cost of living?
Suchi replied at 9-2-2023 12:15 PM
Kenapa nampak cam rentua gatai? Ke semua lelaki bila dah tua mmg akan nampak miang eh
kucingitam replied at 9-2-2023 11:38 AM
sapa yang follow dsai dari dulu sebelum dia jadi pm tau je dia selalu main2 dgn cucu2 dia, aktiviti ...
Innrukia replied at 9-2-2023 11:44 AM
so apa affect to raykat yg majority struggle dgn inflation & cost of living?
ADVERTISEMENT