CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selalu Kongsi Gambar Kubur Kekasih, Ustaz Terkenal Di Media Sosial Didakwa Hanya Berilusi "Dulu Kata Nama Lain, Meninggal Tahun Lain?

9-2-2023 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3808| Komen: 29

Seorang pelayar Twitter terkenal dikecam gara-gara membuat perkongsian ketika menziarahi pusara 'teman wanita' yang sudah meninggal dunia,.

Netizen mengesyaki individu berkenaan hanya mereka-reka cerita di sebalik kapsyen sedih yang mengiringi gambar pusara 'teman wanitanya'.


Menurut mereka, taktik individu berkenaan yang juga seorang tweetfamous terbongkar selepas beberapa kali memuat naik perkongsian di kubur yang berbeza.


Tindakan tersebut sekali gus menimbulkan kekeliruan dan mengundang tanda tanya di minda warga maya, khususnya followers individu berkenaan.

"Salam ****. Kenapa tweet dulu GF (girlfriend) meninggal bulan Syaaban, latest tweet meninggal bulan Syawal?

"Dulu nama lain, sekarang nama lain. Ada berapa GF selain nama Ain? Dulu meninggal 1426 Hijrah, latest 1425 Hijrah. Ke **** silap kubur?

"Bertanya untuk kawan. Kita tegur sebab sayang," demikian ciapan seorang netizen di laman Twitter.




Selain itu, baru-baru ini juga seorang netizen turut membuat pendedahan mengenai perkara yang sama.

"Bukan lelaki je tak selamat. Kadang-kadang orang dah mati pun tak selamat uols. Tiba-tiba ada rando (orang asing) datang pegang-pegang batu nisan dia nangis-nangis ambil gambar dan post di media sosial.

"Konon-konon tu kubur ex-GF. Sekali rupanya kubur entah siapa-siapa. Tahun depan buat benda sama tapi dekat kubur lain pula," tulis individu berkenaan.



Pendedahan-pendedahan berkenaan sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warga maya malah ada yang seakan-akan tidak percaya individu berkenaan sengaja mereka cerita dan mewujudkan watak 'teman wanita ilusi'.

"Apa yang dia cuba buktikan?

"Mantap lawat multiple kubur ex-kekasih.

"Nak kejar clout tu," demikian antara komen netizen.

Namun ada yang berpendapat, tidak mustahil jika seseorang sanggup melakukan apa saja demi meraih perhatian serta simpati daripada orang lain.

"Zaman yang aneh. Seperti ketagihan dadah, mendapatkan pengiktirafan orang lain juga menjadi fokus kehidupan kita. Penagih kemasyhuran (fame addict) secara literal akan melakukan apa sahaja, malah tindakan yang merosakkan diri sendiri, untuk mendapatkan apa yang mereka percaya sebagai tingkah laku yang mengkagumkan orang lain," tulis netizen berkenaan.

Menerusi carian pada laman Twitter, difahamkan individu berkenaan sudah pun memadam ciapan asalnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kechikchomel 9-2-2023 09:59 AM
teringat nyonya mansur mak mertua kassim selamat
Quote pittjie 9-2-2023 10:06 AM
huk aloh. meninggal tahn 2005 .. kalau dikira hingga tahun 2022 pun dah 6,000 hari  lbh. apo yang genap 4,444 hari. ke ni posting lempar ke belakang 5 tahun lepas?
Quote vanillaninja 9-2-2023 10:07 AM
Dah lama dah heols ni dikantoikan kan. Kenapa timbul balik issue ni.
Quote zeed 9-2-2023 10:15 AM
Sape ustaznya ni?
Quote MoonRise 9-2-2023 10:16 AM
vanillaninja replied at 9-2-2023 10:07 AM
Dah lama dah heols ni dikantoikan kan. Kenapa timbul balik issue ni.

Ada lagi ke empunya badan selepas dikantoikan?
Quote white_musk 9-2-2023 10:17 AM
Takkan la ustaz nak menipu
Quote tintin22 9-2-2023 10:22 AM
Quote vanillaninja 9-2-2023 10:22 AM
MoonRise replied at 9-2-2023 02:16 AM
Ada lagi ke empunya badan selepas dikantoikan?

Ada, cuma heols tak pernah respond to these people. Buat bodoh je macam takde apa2 berlaku.
Quote prettyuglybabe 9-2-2023 10:27 AM
MoonRise replied at 9-2-2023 10:16 AM
Ada lagi ke empunya badan selepas dikantoikan?

ada je kat twidder tu..
kulit tebal barangkali jadi tak terkesan..
janji ramai tololwer..
Quote MoonRise 9-2-2023 10:30 AM
vanillaninja replied at 9-2-2023 10:22 AM
Ada, cuma heols tak pernah respond to these people. Buat bodoh je macam takde apa2 berlaku.

Demi content

Netizen pon udah2 la bagi attention kat orang macam ni
Quote MoonRise 9-2-2023 10:31 AM
prettyuglybabe replied at 9-2-2023 10:27 AM
ada je kat twidder tu..
kulit tebal barangkali jadi tak terkesan..
janji ramai tololwer..

Pakai kulit buaya barangkali.

Quote JulietTheOrange 9-2-2023 10:38 AM
nie mesti setat rambot rebonding nie
Quote Burong_Hantuk 9-2-2023 10:41 AM
kebulurrrr content
Quote bakingsoda 9-2-2023 10:44 AM
cetat mana nih duk meratap gf mati?
Quote kucingitam 9-2-2023 11:12 AM
aduh ustad mana plak ni
Quote chocobozhere 9-2-2023 12:07 PM
Aku penah follow satu tiktok ni katanya doktor yyg kematian isteri dan anak2 dlm kemalangan...... Pastu tibe2 adik dia upload dlm tiktok dia ckp dia dh meninggal ketika sujud. Mula2 aku sedih jugak pastu dapat tahu org tu menipu..... Manusia mcm ni sakit sbrnya..
Quote JulietTheOrange 9-2-2023 12:09 PM
Edited by JulietTheOrange at 9-2-2023 12:11 PM

setat addien90s twt handler die
Quote lee_sakura 9-2-2023 12:10 PM
sape ustaz terkenal tu, blh sesapa bg clue
Quote Skuau 9-2-2023 12:14 PM
sapa yg meninggal dulu..Do ke Minah???

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.126660 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top