CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Mengeluh, Susah Betul Nak Cari Kedai Jual Menu Rahmah

9-2-2023 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4849| Komen: 80

PETALING JAYA –  Orang ramai mengeluh,masih tercari-cari premis yang menawarkan Menu Rahmah pada harga bawah RM5.

“Susahnya mahu cari Menu Rahmah.”

Di George Town, mereka yang ditemui Kosmo! di sini mengatakan, sehingga kini masih sukar untuk mendapatkan juadah nasi putih berlauk ayam atau ikan dan sayur sejurus diperkenalkan kerajaan baru-baru ini.


Foto: Harian Metro

Seorang pengguna, Feroz Omar, 56, berkata, dia setakat ini belum lagi menemui premis yang memperkenalkan Menu Rahmah di tengah bandar raya itu.

Menurutnya, dia tidak henti berusaha mencari premis atau gerai makanan yang menawarkan menu itu sejurus diper­kenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk dinikmati seisi keluarga.

“Daripada 10 lokasi atau tempat makanan yang dikunjungi di pusat bandar George Town, belum ada satu pun premis yang menaikkan iklan memperkenalkan Menu Rahmah.


“Nilai RM5 ketika ini cukup untuk beli nasi, telur rebus dan sayur. Jika tambah seekor ikan masak sambal, anggaran har­ganya pula RM5.50 ke atas.

“Memang payah nak jumpa Menu Rahmah. Jika ada, saya memang akan ke situ, apatah lagi keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Ar­syad Haris, 49, berharap agar kerajaan atau agensi terlibat menyenaraikan premis-premis yang menawarkan Menu Rahmah di setiap negeri bagi tujuan memudahkan orang ramai terutama keluarga kurang berkemampuan.

“Sekurang-kurangnya kami dapat merasai menu nasi lauk ayam pada harga murah berbanding asal iaitu dari RM8 hingga RM10 sebungkus,” ujarnya.

Di Kuantan, seorang penduduk, Zakaria Ahmad, 57, berkata, meskipun hidangan berke­naan menjadi sebutan dalam media massa, namun sehingga kini dia belum lagi terjumpa kedai yang menawarkannya.

“Saya pun tidak tahu di mana kedai makan yang menawarkan menu ini kerana setiap hari saya singgah makan di kedai biasanya harga dikenakan adalah antara RM9 hingga RM12,” katanya.

Penduduk Felda Tekam Utara di Jerantut, Anuar Rahman, 58, berkata, dia berharap menu de­ngan harga murah itu dapat diperluaskan ke kawasan luar bandar khususnya di daerah itu.

“Saya masih tercari-cari premis yang menghidangkan Menu Rahmah ketika turun berbelanja di bandar Jerantut sejak dihebahkan baru-baru ini.

“Restoran mamak di Bandar Baharu Inderapura pun tidak tahu mengenai Menu Rahmah untuk makanan tengah hari dan makan malam dan seboleh-bolehnya, restoran mamak ini perlu dipilih menghidangkan Menu Rahmah kerana ia menjadi tumpuan golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Di Ipoh, Seorang kerani, Siti Musliha Mohd. Nur, 34, berkata, dia gembira dengan langkah kerajaan mewujudkan Menu Rahmah, namun ia sukar untuk didapati di sesetengah kawasan.

“Memang benar ada kedai makan yang mengambil inisiatif menjual Menu Rahmah kerana terpanggil dengan seruan kerajaan, namun jumlahnya tidak banyak.

“Sedangkan kita pun tahu golongan B40 cukup ramai. Jadi harapan saya adalah pemilik-pemilik kedai sudi menyediakan Menu Rahmah di premis masing-masing,” katanya.

Seorang pembantu am, Mohd. Zaini Sulaiman, 39, berkata, dia telah mencuba Menu Rahmah di Pasar Raya Mydin di Meru, Ipoh, namun jarak perjalanan rumahnya ke sana lebih 20 kilo­meter (km).

Disebabkan itu, katanya, faktor jarak perjalanan untuk ke pasar raya tersebut dari kediamannya menjadikan Menu Rahmah tidak berbaloi untuk dibeli.

“Menu itu baik, namun kos untuk ke pasar raya itu perlu difikirkan juga. Jadi bagi saya jika jarak restoran yang menjual Menu Rahmah kurang dari 10km, barulah berbaloi membelinya,” katanya.

Di Kuala Lumpur, tinjauan di sekitar Lembah Pantai, Bangsar dan di beberapa kawasan Peta­ling Jaya mendapati, penyediaan Menu Rahmah masih terhad dan sukar untuk diperolehi.

Seorang kakitangan awam, Fazura Yusoff, 40, berkata, di sekitar Lembah Pantai, menu itu belum disediakan oleh mana-mana restoran.

“Buat masa ini saya tidak tahu di mana untuk dapatkan Menu Rahmah ini, sebelum ini saya cuba dan hanya perolehinya di Subang Jaya.

“Bagi saya di kawasan ini terutamanya kawasan bandar besar dan tumpuan, Menu Rahmah perlu diperbanyakkan sebab di kawasan-kawasan seperti inilah perbelanjaan penduduknya agak tinggi,” tambahnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 9-2-2023 09:32 AM
Jual karipap inti oxygen lagi untung. Menu rahmah kaka cadang gov subsidi rm 2.

Rm 7 kos . Rm 2 subsidi. Rm 5 buyer bayar

Bila dapat menu kualiti rm 7? Rakyat boleh cut dua portion makan tengah hari dan petang

Syarat dia elakkan lauk cpt basi jangan campur nasi

Syarat kedua bangla nepal rohingya  pakistan diharamkan makan menu rahmah kecuali bayar rm 7 + sst6%

Cara apply mudah mykad. Siapa ada my kad dan susah boleh makan menu rahmah

Cara cmni berkesan sebab jimat tong gas, jimat tenaga nak siang ikan, jimat tenaga nak shopping


Kat mana rahmahnya ? Dekat rm 2 gov subsidi kat situ lah terletak nya rahmah

Kt rm 2 tu lah rakyat dapat sendawa dan senyum sampai ke gusi bila menikmati makanan

Sebelum makan baca doa kalau x jin tengku jalal duduk dalam perut tu makan macam hantu saka
Quote rospinki 9-2-2023 10:16 AM
rahmatullah
Quote rospinki 9-2-2023 10:18 AM
WhatsApp Image 2023-02-09 at 9.55.46 AM.jpeg

ni free jah...roti free org bagi kenduri byk sgt takut expired aku buat sandwich pas kawang2. everibodi hepi..the end
Quote totokreturn. 9-2-2023 10:28 AM
hanya kedai2 yg nak buat marketing je kot yang sanggup

kalo kita tengok raw material punya harga

ayam seketul selepas potong 8 pun dekat RM3 seketul

nasi satu cup - maybe kos dalam RM0.50

tu kos-kos lain ko tak ambik kira ke, letrik, minyak, gas, gaji pekerja

last2 untung 2 kupang, baik tak payah niaga
Quote Nnasda53 9-2-2023 10:33 AM
Tak payah pening2 p je kedai makan pilihla sendiri lauk pauk budget.
Quote noor2 9-2-2023 10:35 AM
Sana sini mengeluh je bangsa subsidi ni....orang lain lagi teruk bencana earthquake semua...lagi teruk hidup..dah la matawang depa lagi rendah dari Malaysia
Quote kelapaparut 9-2-2023 10:37 AM
rakyat kne scam dgn pm
Quote kucingitam 9-2-2023 11:15 AM
kalau ikutkan, cina banyak yang jual economy rice..melayu mmg susah sikit nak dapat. maybe sebab lauk pauk melayu bnyk bahan2, santan la, kari la..while lauk pauk cina bnyk sup2, stir fry saja..
Quote acikhan 9-2-2023 11:16 AM
rospinki replied at 9-2-2023 10:18 AM
ni free jah...roti free org bagi kenduri byk sgt takut expired aku buat sandwich pas kawang2. ever ...

sedap nyer kaka...check kat dapo semua ado hmmm boleh la wat menu healthy buka puasa arinie...
Quote acikhan 9-2-2023 11:17 AM
Kat tempat haku ade 3 kedai bajet mur2...ari2 antar n ambik ank2 sekolah mmg penuh kedai nyer sbb murah+sedap
Quote rospinki 9-2-2023 11:18 AM
acikhan replied at 9-2-2023 11:16 AM
sedap nyer kaka...check kat dapo semua ado hmmm boleh la wat menu healthy buka puasa arinie...

ye betul..kat dapo mcm2 bole buat rajin ngan malas je kan
Quote stingerpressor 9-2-2023 11:29 AM
rospinki replied at 9-2-2023 10:18 AM
ni free jah...roti free org bagi kenduri byk sgt takut expired aku buat sandwich pas kawang2. ever ...

Letak timun tomat cepat berlendir tak boleh tahan ke ptg lee jawabnya...awat bekas buruk nah? Bekas dapat free beli pek ekonomi mama lemon dari mydin keww?

Kahkahkahkahkahkah
Quote sangbara2020 9-2-2023 11:33 AM
ikan jek dh rm4, nasi rm1..nak ambik sayuq mmg pikir 16kali...
Quote Burong_Hantuk 9-2-2023 11:36 AM
nk murah sgt mkn...masak jer sendiri
Quote sharlenetexas 9-2-2023 11:54 AM
Burong_Hantuk replied at 9-2-2023 11:36 AM
nk murah sgt mkn...masak jer sendiri

Thread lepas ada amoi nak menu rahmah turun jd tiga ringgit.

Quote stingerpressor 9-2-2023 12:00 PM
rospinki replied at 9-2-2023 11:18 AM
ye betul..kat dapo mcm2 bole buat rajin ngan malas je kan

Memang ler tapi kalo bahan rencah takda? Ko lain ler pubis pun boleh improvise jadi serunding....takda hal....budak budak bukan tahu....asyik sibuk dgn gadget masing masing....kheunz?

Kahkahkahkahkah
Quote Skuau 9-2-2023 12:11 PM
korang beli jer kt economy rice kedai cina..ayam goreng besar ibu jari kaki 2 ketul,sayur,telur mata..enam hinggit Malaysia sahaja.
Quote wirazam 9-2-2023 12:18 PM
So nak buat menu Rahmah versi grab food , foodpanda etc ke????
Quote takayama 9-2-2023 12:22 PM
kat bangi katanya ada dijual kt sek 15, x pasti kedai mana
Klu x msk biasa beli kt kedai tepi jln, nasi kosong 2, sayur lemak pucuk manis dan ayam grg serta sambal hijau atau merah, total rm10, klu amik ikan tambah lg seringgit

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.088465 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top