CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rezeki Cat Rumah Pakar Bedah, Lelaki Akhirnya Buang 'Anu' Di Hidung Secara Percuma

8-2-2023 11:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1935| Komen: 14


Seorang lelaki kini berwajah normal selepas menjalani pembedahan di klinik Romo Plastic Surgery, New York secara percuma bagi membuang ketumbuhan menyerupai bentuk zakar pada hidungnya. 



IG

The Sun melaporkan, sebelum menjalani pembedahan, Conrado Estrada diupah mengecat rumah seorang pakar bedah, Dr. Thomas Romo, tetapi sebaik melalui pintu, doktor berusia 62 tahun itu berkata, dia menyedari ada sesuatu tidak kena pada wajah Estrada.

Dr. Romo ialah pengarah pembedahan rekonstruktif plastik di Romo Plastic Surgery dan berdasarkan pengalamannya, dia tahu Estrada, 58, mempunyai penyakit dinamakan rhinofirma.


IG


Ia adalah keadaan kulit yang menebal, berjerawat dan berlekuk-lekuk di hujung hidung.



Punca penyakit itu tidak diketahui sepenuhnya, tetapi Dr. Romo berkata, Estrada mempunyai kes yang teruk.

Menurut Estrada, dia sukar untuk makan dan bernafas sambil menambah, orang ramai merenungnya dan dia akan memakai pelitup muka kerana malu.



Dr. Romo kemudian memberitahu bahawa beliau akan membantu Estrada dengan melakukan pembedahan secara percuma melalui Yayasan Little Baby Face.

Menulis di laman Instagram, Dr. Romo berkata bahawa selepas mengeluarkan lebihan ketumbuhan itu, dia kemudian membentuk semula hidung Estrada itu.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ~boolean 8-2-2023 11:39 PM
Entah kenapa aku baca post doktor ni dengan gaya chef wan... chef wan pun suka tulis panjang berjela siap dengan segala macam exclamation mark setiap ayat..
Quote sharlenetexas 9-2-2023 12:00 AM
Berisiko juga sbb saraf kat hidung direct ke otak.


Quote she 9-2-2023 12:19 AM
Macik geram aje menengok blackhead beliau
Dah ler memalam rajin nengok blackhead removal dalam YT
Quote TabletSusu 9-2-2023 12:25 AM
she replied at 8-2-2023 04:19 PM
Macik geram aje menengok blackhead beliau
Dah ler memalam rajin nengok blackhead removal dalam YT

best kan macik layan YT tu.. yg keluar mcm cacing panjang ada.. keluar seketul ada, nanah meletop pun ada.
Quote Antifake 9-2-2023 12:27 AM
she: Macik geram aje menengok black ...
ingat i sorang aje macam tu
Quote blue_blur 9-2-2023 12:27 AM
she replied at 9-2-2023 12:19 AM
Macik geram aje menengok blackhead beliau
Dah ler memalam rajin nengok blackhead removal dalam YT

botfly kat meow pun boleh tahan geram jugak
Quote Antifake 9-2-2023 12:29 AM
TabletSusu replied at 9-2-2023 12:25 AM
best kan macik layan YT tu.. yg keluar mcm cacing panjang ada.. keluar seketul ada, nanah meletop  ...

Kena pulak yang kena korek dah macam mengeras
Quote she 9-2-2023 12:30 AM
TabletSusu replied at 9-2-2023 12:25 AM
best kan macik layan YT tu.. yg keluar mcm cacing panjang ada.. keluar seketul ada, nanah meletop  ...

Uiiii macik suka yang guna sepit tu
Seketul2 dia cabut dari kulit
Puas hati menengok
Quote she 9-2-2023 12:31 AM
Antifake replied at 9-2-2023 12:27 AM
ingat i sorang aje macam tu

Loan Nguyen tu macik tak gemor sebab dia suka cucuk sampai berdarah

Macik nengok An Tv 02
Best bersih
Hahahahahahahaha

Matilanakkkkk
Quote she 9-2-2023 12:33 AM
blue_blur replied at 9-2-2023 12:27 AM
botfly kat meow pun boleh tahan geram jugak

Samaaaaaaaaa

Geram nengok dia sepit benda gumuks tu
Tapi cer try tengok
Guba Na Nature Refugee
Dia tunjuk gagak makan kutu kat telinga rusa
Eeeeeeee
Quote TabletSusu 9-2-2023 12:36 AM
Antifake replied at 8-2-2023 04:29 PM
Kena pulak yang kena korek dah macam mengeras

eeeiii geram.. rasa nak tolong korekkan je
Quote prince_marhaen 9-2-2023 10:48 AM
motips hujung2 bubuh gambar passport sendiri?
Quote Burong_Hantuk 9-2-2023 11:02 AM
lamanya dia hidup dgn rupa idung mcm tu
Quote emmausa 22-2-2023 02:46 PM
Dia berjaya menjalani pembedahan hidung. Hidungnya yang cacat telah hilang dan digantikan dengan hidung biasa seperti hidung orang lain. krunker

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.075399 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top