CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Dakwa Guru Galak Anak Peluk Islam Kalau Nak Jadi Pemain Bola Sepak Kebangsaan

8-2-2023 11:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2277| Komen: 20

Ibu bapa pelajar Tingkatan Tiga  di sebuah sekolah di Kuala Lumpur membuat laporan polis, mendakwa guru menggalakkan anak mereka untuk memeluk Islam.

Difahamkan, guru berkenaan mendakwa jika pelajar berbuat demikian, ia akan meningkatkan peluangnya untuk menjadi pemain bola sepak kebangsaan.


Ketua Polis Daerah Cheras Zam Halim Jamaluddin memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan sedang dijalankan.



Ibu pelajar tersebut, yang hanya mahu dikenali sebagai "Vasan", mendakwa bahawa guru kelas itu juga memberitahu anak lelakinya yang berusia 15 tahun bahawa "hanya orang Islam dibenarkan masuk ke stadium di Malaysia".

Dia mendapat tahu perkara itu pada 3 Feb apabila anaknya menunjukkan kepadanya mesej dalam kumpulan Whatsapp oleh guru, yang diadakan untuk kelas mereka.

“Apabila saya meneliti mesej itu, saya perasan bahawa cikgu tersebut beritahu anak saya sekiranya dia ingin menyertai pasukan kebangsaan, dia perlu beragama Islam.


“Dia kemudian menggalakkan anak saya menukar agama malah mencadangkan nama Islam.

“Apa yang paling membingungkan saya ialah guru itu berkata hanya orang Islam dibenarkan masuk ke stadium di Malaysia,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini

Menurut Vasan, dia dan suaminya yang turut hadir cuba menghubungi guru berkenaan untuk mendapatkan penjelasan mengenai mesej tersebut namun dia telah menyekat nombor mereka.

Vasan mendakwa anaknya mendedahkan bahawa guru itu telah bercakap kepadanya tentang Islam sejak enam bulan lalu.

Vasan berkata, anaknya bimbang dia akan disingkirkan daripada pasukan sekolah atau diberi gred rendah jika laporan polis dibuat.

Turut mengiringi ibu bapa tersebut ialah pengerusi Persatuan Agamam Ani Hindu Malaysia Arun Dorasamy.

“Saya tidak tahu apa niat guru itu tetapi apa pun, apa saja yang dia katakan atau lakukan kepada pelajar tersebut bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan (yang menjamin kebebasan beragama).

"Dalam kes ini, budak lelaki itu masih di bawah umur, jadi cubaan menukar agamanya tanpa kebenaran ibu bapanya adalah melanggar perlembagaan dan menyalahi undang-undang," katanya.

Arun turut mengulangi permintaan ibu bapa itu agar Kementerian Pendidikan menyiasat guru berkenaan.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AcikBuncit 9-2-2023 12:09 AM
Lahh elok je cina india main bola.sjk bila plk main bola kne muslim.. Gila paa...
Quote Antifake 9-2-2023 12:11 AM
Dakwaan mengarut ni. Saja provoke
Quote she 9-2-2023 12:17 AM
Kalau dah ada bukti dalam WA
Makna kata cikgu tu yang salah

Mungkin cikgu tu tabligh
Quote TOPwind 9-2-2023 02:06 AM
Asal dari India ni

cari jalan nak saman kerajaan Melayu

bila menang minum todi then xcden

then  saman lagi= menang lagi

minum todi lagi bergadur

masuk jel, mati pulak

then saman lagi menang lagi

then jadi Hero
Quote pooh~key 9-2-2023 03:07 AM
Betapa babinya komen2 kat sini yach dek? Benda dah terang2 ada bukti conversation kat apps social media, ummah masih dungu pakej cuba ubah topik rasis konon bangsa tu cuba nak jatuhkan ketuatnan, dekkk… jijiks sekali yach sis.
Quote snowflakes 9-2-2023 06:15 AM
Mana boleh paksa org masuk agama islam... cukup2lah islam yg ada sekarang... tu pun mcm apa perangai masing2
Quote Decaffeinated 9-2-2023 07:58 AM
Preaching tu mungkin terlepas sebab di tanah air ini it's OK to preach Islam to non, yg tak boleh is preaching other religions to Muslim. Itu lah kelebihan Islam.
Quote cmf_premierleag 9-2-2023 08:10 AM
Patut ko pujuk budak tu peluk bangsa Meleis
Nanti dh besar bleh kawen retis sbb jd football national player
Pastu bleh sambung create skandal sana sini dgn retis lain..pastu terjebak kes direbut bini2
Itulah pemain bola meleisss
Quote s@s@ 9-2-2023 08:33 AM
tepek la sekerin shot whatsapp dulu.

duduk kat estet mana lah sampai x tau kapir pun ble masuk stadium.
Quote stingerpressor 9-2-2023 08:37 AM
Decaffeinated replied at 9-2-2023 07:58 AM
Preaching tu mungkin terlepas sebab di tanah air ini it's OK to preach Islam to non, yg tak boleh is ...

Siap keluar fatwa...Kapir haram kapir haram kalo attend preaching agama lain....ilmu iteww ttg islam je...period....
Quote Simunggu 9-2-2023 08:37 AM
guru from hell..memalukan org Islam ja
Quote tahanie 9-2-2023 08:39 AM
Aduhai cikgu.
Quote n3ar 9-2-2023 08:42 AM
Aku tak rasa budak tu salah.. Cikgu tu la salah sebab gelojoh.. Nak tarik orang msuk islam tunjuk la kebaikan islam.. Lama2 dia tertarik sendiri..

Bukan ko menipu semata2 nak suruh budK tu masuk islam.. Budak lagi kot..

Kalau ummah krisian hindu ajak masuk agama dorang camni mau menggelupur report polis
Quote Antifake 9-2-2023 08:47 AM
Mungkin macam ustazah kat sekolah nephew ni. Dok cita kena carik laki kaya bole beli seluar dalam baju dalam 5k. Lepas tu rasis
Quote Antifake 9-2-2023 08:48 AM
pooh~key replied at 9-2-2023 03:07 AM
Betapa babinya komen2 kat sini yach dek? Benda dah terang2 ada bukti conversation kat apps social me ...

Sabar sis. Nanti kita carik WA. X leh la membabi buta kan orang.
Quote umbut 9-2-2023 09:34 AM
cmf_premierleag replied at 9-2-2023 08:10 AM
Patut ko pujuk budak tu peluk bangsa Meleis
Nanti dh besar bleh kawen retis sbb jd football national ...

Nak jadi meleis kena masuk isle
Quote Decaffeinated 9-2-2023 01:45 PM
First 11 HM lawan Thailand masa AFF

Syihan Hazmi
Quentin Cheng
Sharul Nazeem
Dominic Tan
Ruventhiran
Mukhairi Ajmal
Stuart Wilkin
Brendan Gan
Safawi Rasid
Darren Lok
Faisal Halim

Alang2 menipu baik ko kata nak wakil Singapore kena isle. Fandi brothers senyum sinis.
Quote 3480 9-2-2023 01:50 PM
Nk tgk wasap tu
Quote 123456 9-2-2023 02:29 PM
TOPwind replied at 9-2-2023 02:06 AM
Asal dari India ni

cari jalan nak saman kerajaan Melayu

Cara ko posting pun mcm terlebih minum todi

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.091740 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top