Tular sebuah video di media sosial India memaparkan sepasang suami isteri warga emas bertengkar di tepi jalan. Apa yang menarik perhatian ramai adalah 'senjata' digunakan ketika mereka bertengkar.
Menerusi video itu, kelihatan mereka memegang besen besi untuk memukul satu sama lain, lapor laman berita India Times semalam. Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Twitter itu, suami isteri tersebut bertengkar di tepi sebatang jalan sibuk di Mumbai tanpa menghiraukan orang ramai yang memerhatikan mereka. Pada awal klip video, si isteri yang kelihatan amat marah, memukul suaminya menggunakan besen besi. Lelaki warga emas itu kemudian merampas besen tersebut dan membuat aksi seolah-olah dia ingin memukul kembali isterinya.
Si isteri cuba merampas kembali besen tersebut, namun dihalang oleh si suami sebelum video berakhir. Twitter Tiada seorang pun orang awam yang menyaksikan pertengkaran itu dilihat cuba meleraikan mereka. Video itu menjadi tular dengan orang ramai memberikan pelbagai pendapat. Sumber: Kosmo
|
gideoncross replied at 9-2-2023 01:43 AM
Kat Yindia lain, sbb tu dorg x msuk cmpur.
gideoncross: Kat Yindia lain, sbb tu dorg x msuk cmpur.
TOPwind replied at 9-2-2023 01:54 AM
kat Msia Polis dan Kerajaan Melayu kena saman
sbb Polis dan kerajaan tak bantu dan tolong selesai ...
orangbiasaje replied at 9-2-2023 10:39 AM
"One day you and me..."
Sejak bila domestic abuse ni sgt diromanticizekan...
eyansss replied at 9-2-2023 03:59 AM
kat sana nampak perempuan kena rogol pun buat derk je… sesilap join sekaki…
gideoncross replied at 10-2-2023 11:20 AM
Org skrg suka normalize kn abuse & romanticized Paris.
orangbiasaje replied at 10-2-2023 11:41 AM
Padahal Paris tu kotor benar bandar eh...yang kampung2 cantiklah sikit.
orangbiasaje replied at 9-2-2023 10:39 AM
"One day you and me..."
Sejak bila domestic abuse ni sgt diromanticizekan...
Lagubestbest replied at 10-2-2023 07:53 PM
mane de abuse, wife tu ktang2 bunyi je lebih tapi tak memudaratkan, suami plak acah2 je tak bagi t ...
ADVERTISEMENT